Development Of Energy-Balanced Node Deployment Strategies To Reduce Energy Hole Problem In Wireless Sensor Networks
Loading...
Date
2015-01
Authors
ASHARIOUN, HADI
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Rangkaian sensor tanpa wayar (WSNs) banyak-ke-satu (berasaskan korona), mempunyai banyak aplikasi yang berpotensi termasuk pemantauan alam sekitar, pemantauan kesihatan bioperubatan, dan pengumpulan data. Dalam rangkaian banyak-ke-satu, nod sensor terletak di sekitar sinki untuk menyampaikan data, menggunakan lebih banyak tenaga dan mempunyai jangka hayat lebih pendek berbanding dengan mereka di lokasi yang jauh. Ini menyebabkan wujudnya lubang tenaga dalam rangkaian, yang merendahkan prestasi keseluruhan dan kecekapan rangkaian disebabkan oleh tenaga yang tidak seimbang antara nod sensor menyebabkan jangka hayat rangkaian merosot dengan ketara. Apabila wujudnya lubang tenaga, WSN tidak akan berfungsi seperti yang dikehendaki walaupun kebanyakan sensor masih mempunyai tenaga kerana data sensor aktif tidak dapat mencapai singki. Dalam tesis ini, pergerakan nod tidak seragam yang berbeza dan strategi peruntukan tenaga beserta skim liputan transmisi dicadangkan untuk mengurangkan masalah lubang tenaga. Strategi ini melibatkan bilangan optimum sensor yang diperlukan dalam setiap korona bagi mengimbangi penggunaan tenaga dan untuk memenuhi liputan dan keperluan sambungan dalam rangkaian. Strategi ini mempertimbangkan penggunaan konsep pengedaran nod heuristik dan mengimbangi tenaga antara korona terdalam dan korona terdalam kedua menggunakan sensor dengan dua lapisan transmisi liputan.
Description
Keywords
Development Of Energy-Balanced Node Deployment Strategies , To Reduce Energy Hole Problem In Wireless Sensor Networks