Rancangan Tanah Pemuda Sungai Lenek dan Rancangan Tanah Beliawanis Bukit Mambai Segamat Johor
Loading...
Date
1984
Authors
Noor, Khamis Haji
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Rancangan Tanah Belia ialah satu projek pembangunan
tanah pertanian kelapa sawit secara komersial
denean penempatan beramai-ramai khusus untuk belia
dan beliawanis yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan
Negeri Johor semenjak awal tahun 1970an,sehingga hari
ini terdapat 3 buah Rancangan Tanah Belia di negeri
ini iaitu Rancangan Tanah Pemuda Ulu Tebrau di Johor
Bahru,Rancangan Tanah Pemuda Sungai Lenek dan
Rancangan Tanah Beliawanis Bukit Mambai yang keduaduanya
terletak di Daerah'Segamat.Ketiga-tiea projek
ini telah memberikan pekerjaan di bidang pertanian
seramai 254 orang,84 orang darinya terdiri dari para
beliawanis di ladang kelapa sawit yang seluas 1,012.87
hektar.
Objektif utama pelaksanaan projek Rancangan Tanah
Belia ini selarl". dengan dasar Rancangan Pembangunan
Lima Tahun Malaysia Kedua bagi mengatasi atau menguranekan
masalah kemiskinan dan pengangguran di kalangan
penduduk luar bandar terutama golongan belia dan beliawanis
di samping untuk mewujudkan satu masyarakat belia
peladang yang berdikari,berdisiplin dan berkoperatif.
Untuk melihat sejauh manakah pencapaian objektif
tersebut satu kajian telah dijalankan di dua buah Rancangan
Tanah Belia iaitu di Rancangan Tanah Pemuda Sungai Lenek dan juga di Rancangan Tanah Beliawanis
Bukit Mambai dengan menekankan dua elemen yang berkaitan
iaitu aspek-aspek sosio-ekonomi para peserta
Peringkat Pertama di kedua-dua rancangan tersebut.