Tasawur Pembangunan Dalam Kitab Sahih Al-Bukhariy: Kajian Al-Hadith Al-Mawdu‘Iy

Loading...
Thumbnail Image
Date
2016-05
Authors
Wan Mokhtar, Wan Khairul Aiman
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Teori-teori pembangunan lazim (PL) yang dicorakkan oleh epistemologi dan tasawur lazim merupakan teori pembangunan yang dominan pada masa kini. Teori-teori PL ini atau yang diakomodasi-modifikasikan tidak sesuai diaplikasikan terhadap pembangunan negara-negara Islam kerana ia berada di luar paradigma Islam. Namun begitu, apakah konsep pembangunan yang dapat diaplikasikan? Setakat ini, dapat dirujuk sebuah kajian yang mengemukakan tasawur pembangunan berdasarkan al-Quran. Bagaimanakah pula dengan tasa wur pembangunan berdasarkan hadith yang merupakan sumber rujukan kedua dalam Islam? Hadith berfungsi memperincikan al- Quran Oleh itu, bagaimanakah pula perincian yang dikemukakan oleh hadith? Justeru, menjadi satu keperluan untuk mengkaji tasawur pembangunan berdasarkan hadith bagi mencapai tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti hadith-hadith berkaitan tasawur pembangunan dalam Kitab al bukhariy ; kedua, menganalisis tasawur pembangunan berdasarkan hadith-hadith yang dikenal pasti itu; dan ketiga, membina tasawur pembangunan berdasarkan hadith. Bagi mencapai ketiga-tiga objektif ini, kajian berbentuk penerokaan dan deskriptif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dilakukan.
Description
Keywords
Mengenal pasti hadith-hadith berkaitan tasawur pembangunan , dalam Kitab sahih al bukhariy.
Citation