Revolusi dan rakyat : kesan sosioekonomi di Jawa Tengah, 1947-1949

Loading...
Thumbnail Image
Date
1998-02
Authors
Zainun, Nazarudin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Kajian tentang kesan sosioekonomi dari revolusi Indonesia ke atas rakyat ini, terhad di kawasan Jawa Tengah bahagian Barat, yang pada masa revolusi, terdiri dari residensi Pekalongan, Banyumas, Kedu dan Yogyakarta. Kawasan ini telah menyaksikan pertempuran yang hebat semasa perjuangan revolusi untuk kemerdekaan dan sebab itulah, kawasan ini sesuai untuk kajian kesan sosioekonomi ke atas rakyat bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Kajian ini bermula dengan tinjauan ringkas ke atas tahun-tahun sebelum revolusi, kerana kemelesetan ekonomi dunia dan zaman pendudukan Jepun telah menyebabkan gangguan yang hebat dari segi politik, ekonomi dan sosial, serta mempunyai kesan meluas ke atas rakyat yang bangkit memimpin revolusi. Tujuan dari kajian ini ialah untuk memastikan setakat manakah kedua-dua kejadian tersebut, memburukkan lagi kesengsaraan ekonomi dan tergendalanya perkembangan sosial yang d:ialami oleh rakyat semasa tahuntahun revolusi. Secara keseluruhan, semasa tahun-tahun revolusi, taraf hidup rakyat dari kumpulan yang berlainan seperti petani, buruh tani dan kilang, peniaga dan kakitangan kerajaan tidaklah lebih baik dari di bawah pemerintahan kolonial Belanda dan tidaklah lebih buruk dari zaman pendudukan Jepun. Tidak diragukan lagi bahawa rakyat di kawasan ini sama seperti di mana-mana di Indonesia pada masa ini, telah membuat pengorbanan yang berat dengan kesengsaraan ekonomi dan tergendalanya perkembangan sosial yang mereka pertahankan semasa revolusi, yang telah membuka jalan kepada kemunculan sebuah negara bangsa baru.
Description
Keywords
Revolusi
Citation