Prevalens Dan Etiologi Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak Cina Di Kota Bharu,Kelantan

dc.contributor.authorKAH LENG, SOO
dc.date.accessioned2016-09-01T01:24:29Z
dc.date.available2016-09-01T01:24:29Z
dc.date.issued2000-12
dc.description.abstractPeningkatan prevalens obesiti kanak-kanak telah banyak mendorong kajian mengenai etiologinya. Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan prevalens kelebihan berat badan dan obesiti kanak-kanak di kawasan bandar, serta mengkaji perkaitan di antara faktorfal1: or persekitaran dan taraf pemakanan mereka. Responden kajian ini terdiri daripada 278 orang kanak-kanak kaum eina (144 kanak-kanak lelaki dan 134 kanak-kanak perempuan) yang berumur di antara 10 hingga, 12 tahun. Mereka dipilih dari sebuah sekolah rendah di bandar Kota Bharu, Kelantan. Kelebihan berat badan kanak-kanak didefinisikan sebagai Indeks Jisim Badan (UB) bersamaan atau inelebihi 85 persentil mengikut umur dan jantina. Manakala mereka yang memenuhi kriteria ini ditambah dengan ketebalan lipatan kulit trisep bersamaan atau melebihi 90 persentil untuk umur dan jantina dikategorikan sebagai obes. Responden diminta melengkapkan rekod makanan dan diari aktiviti fizikal selama 3 hari. Selain itu, mereka juga dikehendaki menjawab soalan-soalan mengenai pengetahuan, sikap dan amalan makanan dan pemakanan, juga faktor-faktor dietari dan sosioekonomi. Basil penyelidikan menunjukkan bahawa 1.4% responden (n=4) menghadapi risiko kelebihan berat badan dan 23.4% responden (n=65) dikenalpasti obes. Kumpulan yang obes ini terdiri daripada 72.3% kanak-kanak lelaki dan 27.7% kanak-kanak perempuan. Ujian-t tidak berpasangan dan ujian Khi kuasa dua digunakan untuk menguji hipotesis nul. Didapati bahawa responden yang kelebihan berat badan dan obes lebih suka meninggalkan sarapan pagi, kurang kerap mengambil snek tetapi cenderung mengambil lebih banyak jumlah kalori, protein dan lemak dalam sehari berbanding responden yang berat badan normal. Walaupun responden kelebihan berat badan dan obes sama aktifnya berbanding responden berat badan normal, didapati pre stasi mereka dalam pendidikan jasmani tidak sebaik responden berat badan normal. Min pendapatan bulanan ibu bapa bagi responden berat badan berlebihan dan obes adalah lebih rendah berbanding kumpulan yang berat badan normal. Maka, hipotesis nul yang meramalkan bahawa tiada perbezaan signifikan dati segi faktor-faktor persekitaran di antara responden kelebihan berat badan, obes dan responden berat badan normal telah ditolak. Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa pengambilan kalori, protein dan lemak mempunyai perkaitan positif yang signifikan dengan ukuran antropometri dan DB responden. Sementara itu, kekerapan pengambilan makanan segera juga menunjukkan korelasi positif terhadap benit badan. Sebaliknya, frekuensi pengambilan snek berkait secara negatif dengan berat badan, lilitan lengan atas dan DB responden. Pendapatan bulanan ibu bapa juga didapati berkaitan songsang dengan ketiga-tiga ukuran antropometri dan IJB responden. Manakala analisis regresi linear berganda menunjukkan bahawa amalan diet terutamanya pengambilan protein dan kekerapan mengambil sarapan p~gi bersama status ekonomi ibu bapa bakal meramal ketiga-tiga ukuran antroponietri dan IJB responden.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/2431
dc.subjectPerubatanen_US
dc.subjectSainsen_US
dc.titlePrevalens Dan Etiologi Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak Cina Di Kota Bharu,Kelantanen_US
dc.typeThesisen_US
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
SOO KAH LENG.pdf
Size:
6.35 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: