Fabrikasi Dan Penganodan Komposit Matriks Aluminium Diperbuat Daripada Serbuk Aluminium Berbentuk Kepingan Dan Gentian Pendek Alumina Saffil

Loading...
Thumbnail Image
Date
2006-03
Authors
DERMAN, MOHO NAZREE
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian fabrikasi dan penganodan komposit matriks aluminium (KMA) diperbuat daripada serbuk aluminium berbentuk kepingan dan gentian pendek alumina SaffilTM telah dijalankan. Fabrikasi KMA melalui kaedah metalurgi serbuk (MS) dengan menggunakan kaedah pencampuran kering dalam atmosfera nitrogen dikaji dengan menentukan tempoh pensinteran dan nilai peratusan optimum kandungan gentian pendek alumina SaffiITM. Proses penganodan asid sulfurik telah dijalankan dan objektifnya adalah untuk mendapatkan parameter kepekatan asid sulfurik, bezaupaya dan tempoh penganodan yang sesua; untuk KMA. Kandungan optimum gentian pendek alumina SaffilTM (0 hingga 25% berat) ditentukan berdasarkan ujian mikrostruktur, ujian ketumpatan dan keliangan, ujian tegangan, ujian mikrokekerasan, analisis fasa pembelauan sinar-X (XRO) dan ujian pengembangan linear (PPL). Kajian penganodan dijalankan dengan pelbagai kepekatan asid sulfurik (dari 0 hingga 20% isipadu), bezaupaya penganodan (10 V hingga 20 V) dan tempoh penganodan (dari tempoh 0 hingga 60 min~) padasuhu bilik. Kajian kakisan pula dilakukan di dalam larutan 3.5% berat natrium klorida (NaC/) mengunakan pengukuran pengutuban elektrokimia berdasarkan piawai ASTM G5 (1999) manakala ujian pin-atas-eakera digunakan untuk kajian haus. Oaripada penyelidikan ini, serbuk AI berbentuk kepingan dan gentian pendek alumina Saffilâ„¢ dapat menghasilkan KMA dengan sifat-sifat yang baik dengan menggunakan kaedah pencampuran kering dan disinter di dalam atmosfera nitrogen untuk tempoh 7 jam. KMA yang diperkuat dengan 15% be rat gentian pendek alumina Saffilâ„¢ dipilih kerana KMA ini menunjukkan keadaan optimum iaitu taburan gentian yang baik dalam matriks AI, berketumpatan 2.61 gcm-3 dan keliangan yang rendah 1.33%. Nilai kekuatan tegangan KMA yang diperkuat dengan 15% berat gentian pendek alumina SaffjITM ialah 105.04 MPa, modulus elastik 8.38 GPa dan kekerasan HVN 84.02. Nilai PPL ialah 16.41 x 10-6 K-1 dan perubahan linear yang kecil malah tiada perubahan fasa seperti yang ditunjukkan menerusi anal isis XRD. Bezaupaya penganodan 18 V dengan 15% isipadu H2S04 dalam tempoh penganodan 60 minit merupakan parameter penganodan H2S04 yang sesuai untuk KMA ini. Salutan penganodan ini dapat mengurangkan kadar tindak balas kakisan terhadap AI dan KMA dengan menurunkan nilai ketumpatan arus kakisan. Salutan penganodan mengurangkan pekali haus sebanyak 59% pekali haus AI dan 13% pekali haus KMA. Secara keseluruhannya keputusan menunjukkan fabrikasi KMA daripada serbuk AI berbentuk kepingan dlperkuat dengan gentian pendek alumina SaffjiTM dapat dihasilkan melalui kaedah MS. KMA diperkuat 15% berat gentian pendek alumina SaffilTM merupakan KMA yang terbaik. Kadar kakisan yang tinggi tetapi kadar haus yang rendah ditunjukkan oleh sam pel KMA ini berbanding sam pel AI. Dari kajian ini juga didapati penganodan H2S04 dapat memberikan salutan yang baik kepada KMA. Sampel KMA tersalut penganodan ini menunjukkan sifat perintang kakisan dan rintangan haus yang baik.
Description
Keywords
Fabrikasi Dan Penganodan Komposit Matriks Aluminium Diperbuat Daripada Serbuk Aluminium , Fabrikasi Dan Penganodan Komposit Matriks Aluminium Diperbuat Daripada Serbuk Aluminium
Citation