Definisi konsep, penjenisan dan pengelasan keratabasa bagi Bahasa Melayu di Malaysia.

Loading...
Thumbnail Image
Date
2016
Authors
Mohamed, Noriah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini meneliti fenomena keratabasa atau perlambangan bunyi (sound symbolism). Keratabasa ialah penjelasan (penerangan) erti perkataan dengan berdasarkan tafsiran atau huraian tentang bunyi atau suku kata yang terdapat pada perkataan itu (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005: 755). Keratabasa memperlihatkan unsur ikonik kerana terdapat kesamaan antara bunyi dengan makna yang didokongnya. Kajian ini akan meneroka dan menyiasat definisi konsep, jenis dan pengelasan keratabasa dalam kajian-kajian terdahulu yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan bahasa lain (sebab belum ditemui kajian dalam bahasa Melayu) dan membentuk konsep, jenis dan pengelasan keratabasa untuk bahasa Melayu.
Description
Keywords
keratabasa , perlambangan bunyi
Citation