Pemodelan ekonometrik terhadap permintaan daging ayam di Amerika Syarikat
Loading...
Date
2008-04
Authors
Jusoh @Shafie, Mohd Sharulnizam
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Malaysia
Abstract
Objektif utama kajian ini ialah untuk melihat perhubungan antara permintaan daging
ayam di Amerika Syarikat dengan empat pemboleh ubah tak bersandar iaitu pendapatan,
harga daging ayam, harga daging khinzir, harga daging lembu dan harga gubahan daging
ayam. Menggunakan Kaedah Regresi Berganda dan Langkah Demi Langkah (Stepwise
Method) untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang signifikan di dalam model dan
seterusnya perbincangan adalah berkisar kepada magnitud pemboleh ubah tersebut.
Didapati dengan Kaedah Regresi Berganda kesemua pemboleh ubah tak bersandar adalah
signifikan, sebaliknya, hanya pembolehubah pendapatan dan harga daging ayam yang
didapati signifikan apabila dijalankan Kaedah Langkah Demi Langkah. Juga didapati,
tiada perubahan dari segi kehadiran pemboleh ubah yang signifikan, sebelum dan selepas
dipiawaikan. Walau bagaimanapun setelah dipiawaikan, model yang terbentuk
memberikan nilai R2 terlaras yang lebih baik dengan kuantiti kolineran yang minimum. Secara keseluruhannya, kajian ini akan menjadi rujukan untuk kajian yang akan datang
terhadap analisis permintaan dan kaitannya dengan masalah multikolinearan.
Description
Keywords
Permintaan daging ayam