Penempatan Rakit Di Kuala Semantan, Temerloh, Pahang Satu Kajian Kes : Mengenai Struktur, Lokasi, Dan Sosio-Ekonomi Penduduk

dc.contributor.authorYusoff, Mohd. Nasir
dc.date.accessioned2022-02-22T03:38:38Z
dc.date.available2022-02-22T03:38:38Z
dc.date.issued1984
dc.description.abstractKajian ini adalah mengenai petempatan Rumah Rakit (Petempatan Rakit) di Kuala Semantan, Temerloh, Pahang. Aspek yang menjadi pokok persoalan kepada kajian ini adalah mengenai lokasi petempatan Rakit dan sosio-ekonomi penduduknya. Petempatan adalah merupakan satu fenomena Geografi Manusia. Manusia perlu mencari sebuah tempat tingga1(petempatan) sebagai tempat permulaannya untuk menjalankan aktiviti kehidupan sehari-hari. Samada untuk aktiviti sosio-ekonomi, komunikasi, pergerakan, bermasyarakat dan sebagainya. Manusia akan membuat pilihan yang sebaik mungkin di dalam menentukan jenis petempatan mereka. Tetapi pilihan tersebut hanyalah terbatas kepada pemikiran dan pengalaman yang ada. Terbatas kepada aspek persekitaranpya, peluang, taraf pencapaian dan keupayaan, serta bergantung kepada beberapa kelebihan yang didapati dari lokasi petempatan yang dipilih. Terdapat berbagai-bagai bentuk petempatan manusia di dunia ini. Segala-galanya memancarkan sifat-sifat yang terdapat pada penduduknya dari berbagai aspek seperti taraf kehidupan, corak hidup, norma, nilai dan kebudayaan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tentang petempatan Rakit. Seperti dari aspek personaliti petempatan Rakit ini, sifat-sifat, bentuk, stuktur dan lokasinya. Kajian ini juga untuk mengetahui tentang pertalian petempatan Rakit dengan para penduduknya.(seperti sosio-ekonomi dan lain-lain). Sebab musabab kewujudannya, kepentingannya serta kelebihan dan kelemahan yang ada padanya(Khasnya di kawasan kajian). Di Malaysia, terdapat berbagai bentuk petempatan. Dari bentuk petempatan pertanian hinggalah ke petempatan bandar. Sunguhpun terdapat petempatan Air di Malaysia, seperti di Sabah, Selangor dan beberapa negeri lain. Tetapi ini tidaklah serupa dengan petempatan Rakit yang dikaji.en_US
dc.identifier.urihttp://hdl.handle.net/123456789/14736
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Malaysiaen_US
dc.subjectSocial life and customsen_US
dc.titlePenempatan Rakit Di Kuala Semantan, Temerloh, Pahang Satu Kajian Kes : Mengenai Struktur, Lokasi, Dan Sosio-Ekonomi Penduduken_US
dc.typeOtheren_US
Files
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: