Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan - Geran Penyelidikan
Browse
Browsing Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan - Geran Penyelidikan by Subject "Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- PublicationPerancangan Pembangunan Tanaman Makanan Asasi Di Aceh, Indonesia: Analisis Dari Perspektif Perancangan Pembangunan Tanaman Makanan Asasi Nabi Yusuf A.s.(2020-09)Moklis, Nurul ‘aqidahPerancangan pembangunan tanaman makanan asasi adalah unsur penting dalam menjamin kualiti kehidupan masyarakat dunia hari ini. Membicarakan tentang keselamatan makanan di peringkat global bukanlah perkara baru. Peningkatan penduduk dunia telah menjadikan perancangan pembangunan tanaman makanan asasi di negara maju dan negara membangun sebagai fokus utama. Kajian ini melihat bahawa asas dalam perancangan pembangunan tanaman makanan asasi yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. harus dirungkai secara sistematik dalam melihat keberkesanan penerapan amalan yang dilaksanakan di sesebuah kawasan. Berdasarkan isu tersebut, Aceh merupakan salah satu daerah autonomi yang melaksanakan syariat Islam di Indonesia dan mempunyai pengeluaran hasil tanaman makanan asasi yang melebihi keperluan domestik. Perancangan pembangunan daerah juga telah mensasarkan Aceh menjadi salah satu daerah atau kawasan bekalan makanan untuk Indonesia walaupun sering berhadapan dengan bencana alam, perubahan iklim atau cuaca yang tidak menentu. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan untuk mencapai tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti perancangan pembangunan tanaman makanan asasi Nabi Yusuf A.S. menerusi tafsiran ulama tafsir. Kedua, menganalisis perancangan pembangunan tanaman makanan asasi di Aceh dari segi strategi dan program pembangunan. Ketiga, menganalisis perancangan pembangunan tanaman makanan asasi di Aceh, Indonesia dari perspektif amalan dalam perancangan pembangunan tanaman makanan asasi Nabi Yusuf A.S. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan temu bual tidak berstruktur dengan 10 orang informan kajian. Analisis kandungan juga dilakukan dengan menganalisis kitab-kitab tafsir yang dipilih dan dokumen perancangan pembangunan yang berkaitan. Hasil kajian mempamerkan tiga dapatan utama. Pertama, perancangan pembangunan tanaman makanan asasi Nabi Yusuf A.S. merupakan perancangan pembangunan yang komprehensif. Kedua, perancangan pembangunan tanaman makanan asasi di Aceh dipertanggungjawabkan oleh tiga agensi utama iaitu Badan Perencanaan Pembangunan Daerah (BAPPEDA) Aceh, Dinas Pertanian Tanaman Pangan Aceh dan Badan Urusan Logistik (BULOG) Aceh. Ketiga, wujud keselarian antara kedua-dua perancangan pembangunan tanaman makanan asasi berdasarkan penekanan amalan perancangan pembangunan tanaman makanan asasi Nabi Yusuf A.S. dalam perancangan pembangunan di Aceh.
- PublicationTertiary Education Trust Fund’s Intervention In The Training And Development Of Academics In Nigerian Public Universities(2024-09)Simon, Obadahun OluwatoyinPublic universities in Nigeria are confronted with a mirage of challenges which include: a shortage of qualified academics, low research output, poor global ranking and unaccredited academic programmes, et cetera. Therefore, TETFund intervention in the training and development of academics of public universities through study fellowship, sponsorship of conference attendance and institutional-based research became imperative, given the New Public Management (NPM) that emphasises effectiveness, efficiency and economy. The main objective of this research is to assess the contribution of TETFund’s intervention in the training and development of academics at public universities in Nigeria. The institutional theory that emphasises isomorphism and a balanced scorecard model of performance measurement guided the research. The mixed-methods approach affords the use of both quantitative (questionnaire) and qualitative (interview) means of data collection simultaneously, and subsequently allows integration while discussing the finding through triangulation. Multiple regression analysis was used as statistical tools of analysis with the help of Statistical Package for Social Sciences software while the Nvivo 12 software was used to analyse the interview data obtained. The result revealed that there is a positive outcome as a result of the intervention which includes an increased number of qualified academics and improved global ranking. It also highlighted the inhibiting factors to the performance of the contribution of the intervention. The study recommended among other things that electronic means of communication be deployed in a complementary manner to the usual means (hard copies) so that documents that need to be submitted are done electronically to ensure that delays of submission are reduced to the barest minimum while approval and release of funds happen promptly. It concludes that TETFund intervention has contributed positively to the training and development of university academics. However, there is room for improvement to enhance better service delivery in Nigerian public universities.