Pusat Penyelidikan Dasar & Kajian Antarabangsa (CenPRIS) - Tesis
Browse
Browsing Pusat Penyelidikan Dasar & Kajian Antarabangsa (CenPRIS) - Tesis by Subject "Kajian Terhadap Hubungan Dan Kesan Penyederhana"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- PublicationPembiayaan Mikro, Sosiodemografi, Sikap Keusahawanan Bumiputera Dan Prestasi Perusahaan Mikro Di Pulau Pinang: Kajian Terhadap Hubungan Dan Kesan Penyederhana(2023-09)Halim, Mat HashimPembiayaan kewangan, sikap keusahawanan dan faktor sosiodemografi dilihat memainkan peranan penting dalam membantu pertumbuhan perusahaan bersaiz mikro, kecil dan sederhana (PKS). Berdasarkan kepentingan faktor ini, kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh manakah pengaruh ini memberikan kesan secara langsung dan tidak langsung terhadap prestasi perusahaan dengan tumpuan kajian diberikan kepada perniagaan bersaiz mikro Bumiputera yang terdapat di Pulau Pinang. Berdasarkan pertimbangan teoretikal, satu kerangka konseptual kajian telah dibentuk untuk meneliti hubungan faktor-faktor ini terhadap prestasi perusahaan mikro berdasarkan Teori Pandangan Berasaskan Sumber (RBV), Teori Sikap dan Teori Keusahawanan Shane. Sejumlah 350 orang usahawan Bumiputera bersaiz mikro di Pulau Pinang yang menerima pembiayaan kewangan mikro dari pelbagai agensi dan institusi kewangan telah dipilih sebagai sampel kajian. Data-data kajian diperoleh dengan menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS dan Eviews. Kaedah deskriptif digunakan bagi menjelaskan taburan responden kajian manakala kaedah regresi berbilang digunakan bagi menerangkan pengaruh faktor-faktor pembiayaan mikro, sikap keusahawanan dan sosiodemografi usahawan terhadap prestasi usahawan mikro Bumiputera di Pulau Pinang.