Pusat Penyelidikan Dasar & Kajian Antarabangsa (CenPRIS) - Tesis

Browse

Recent Submissions

Now showing 1 - 5 of 33
  • Publication
    Pembiayaan Mikro, Sosiodemografi, Sikap Keusahawanan Bumiputera Dan Prestasi Perusahaan Mikro Di Pulau Pinang: Kajian Terhadap Hubungan Dan Kesan Penyederhana
    (2023-09)
    Halim, Mat Hashim
    Pembiayaan kewangan, sikap keusahawanan dan faktor sosiodemografi dilihat memainkan peranan penting dalam membantu pertumbuhan perusahaan bersaiz mikro, kecil dan sederhana (PKS). Berdasarkan kepentingan faktor ini, kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh manakah pengaruh ini memberikan kesan secara langsung dan tidak langsung terhadap prestasi perusahaan dengan tumpuan kajian diberikan kepada perniagaan bersaiz mikro Bumiputera yang terdapat di Pulau Pinang. Berdasarkan pertimbangan teoretikal, satu kerangka konseptual kajian telah dibentuk untuk meneliti hubungan faktor-faktor ini terhadap prestasi perusahaan mikro berdasarkan Teori Pandangan Berasaskan Sumber (RBV), Teori Sikap dan Teori Keusahawanan Shane. Sejumlah 350 orang usahawan Bumiputera bersaiz mikro di Pulau Pinang yang menerima pembiayaan kewangan mikro dari pelbagai agensi dan institusi kewangan telah dipilih sebagai sampel kajian. Data-data kajian diperoleh dengan menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS dan Eviews. Kaedah deskriptif digunakan bagi menjelaskan taburan responden kajian manakala kaedah regresi berbilang digunakan bagi menerangkan pengaruh faktor-faktor pembiayaan mikro, sikap keusahawanan dan sosiodemografi usahawan terhadap prestasi usahawan mikro Bumiputera di Pulau Pinang.
  • Publication
    The Transformation Of Private Higher Education Institution In Post-Reformation Indonesia 1998-2018: Case Studies Of Universitas Muhammadiyah Yogyakarta And Universitas Muhammadiyah Surakarta
    (2022-03)
    Mudzakkir, Moh
    This thesis examines the organisational transformation in Muhammadiyah higher education in post-reformation Indonesia 1998-2018. Specifically, this research took a case-study approach in investigating the experiences of UMY and UMS. Arguably, the institutional high point was when the two universities received the highest recognition with an “A” accreditation by the National Accreditation Board of Higher Education. Against this background, this study has three objectives: (i) to examine the key events of changes throughout two decades of organisational transformation in the two Muhammadiyah universities; (ii) to reveal generative mechanisms contributing to the transformation of two Muhammadiyah universities and; (iii) to explain commonalities and differences between the organisational transformation of the two universities.
  • Publication
    The Autoregressive Distributed Lag Extensions And Applications
    (2022-07)
    Sam Chung Yan
    The autoregressive distributed lag (ARDL) framework is comprehensive with both flexible lag orders of dependent and independent variables to explain the dynamic of the responding variable. This thesis extends the ARDL methods to provide practical applications in economic analysis. The extensions include providing bounds of critical values of the additional testing on lagged level independent variables coefficients for the ARDL cointegration test, innovating the ARDL framework for a multivariate unit root test, and proposing ARDL model for Taylor rule studies. Users who are unfamiliar with programming could use the provided critical values to perform the familiar bounds testing procedure to run the cointegration test proposed by McNown et al. (2018). The dynamic and flexible model in the multivariate ARDL unit root test with related time series information helps to gain more statistical power than the univariate framework unit root tests. Besides that, the limitation in the covariate Dickey-Fuller framework that rules out the possibility of cointegration is covered by the ARDL model to avoid power loss caused by model misspecification. Many Taylor rule empirical studies do not follow proper econometric procedures such as unit root, cointegration, and diagnostic tests. Besides, many pieces of evidence show that the Taylor rule regression is unbalanced with mixed integration order variables. Therefore, level estimates without cointegration reported in the studies could give spurious results. The robust standard error is commonly used in empirical studies, but it is helpless to deal with the residual autocorrelation problem, especially if the model includes lagged dependent variable.
  • Item
    Kerisauan Jenayah Dalam Konteks Keselamatan Awam: Kajian Kes Di Negeri Pulau Pinang
    (Universiti Sains Malaysia, 2019-12)
    Za’im Ahmad
    Keselamatan awam merupakan elemen penting dalam menjamin kesejahteraan hidup masyarakat di Malaysia. Pelbagai pendekatan telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melestari keselamatan awam. Aspek kerisauan jenayah dapat membentuk suasana selamat dan menghindari rasa bimbang masyarakat terhadap jenayah. Kepesatan perbandaran dan pembangunan ekonomi telah meletakkan Pulau Pinang sebagai salah satu negeri yang mencatatkan indeks jenayah per kapita yang tinggi antara negeri-negeri di wilayah utara Malaysia. Pada tahun 2013 dan 2014, Pulau Pinang merupakan negeri kelima di Malaysia yang mencatatkan indeks jenayah yang tinggi. Secara turutan, kes tertinggi dilaporkan berlaku di Daerah Seberang Perai Tengah, diikuti Daerah Timur Laut, Daerah Seberang Perai Utara, Daerah Barat Daya dan Daerah Seberang Perai Selatan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kerisauan jenayah dan menentukan ukuran indeks kerisauan jenayah dalam aspek keselamatan awam di Pulau Pinang. Enam faktor utama yang dipertimbangkan adalah penguatkuasaan jenayah, keselamatan awam, persekitaran fizikal, aktiviti devian, trend jenayah dan kehadiran warga asing. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan pengedaran soal selidik seramai 400 orang responden dan pemilihan saiz sampel dikira berdasarkan nisbah populasi penduduk bagi sesuatu daerah terhadap keseluruhan populasi penduduk di Pulau Pinang. Hasil kajian menunjukkan wujud kebergantungan masyarakat terhadap agensi keselamatan dalam pencegahan jenayah. Faktor seperti trend jenayah, aktiviti devian dan kehadiran warga asing telah menyumbang kepada tahap kerisauan yang tinggi dalam kalangan responden. Indeks kerisauan jenayah dengan skor 3.86 telah dihasilkan berdasarkan lima skala yang digunakan. Ini menunjukkan bahawa tahap kerisauan terhadap jenayah dalam aspek keselamatan awam di Pulau Pinang adalah tinggi.