Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia - Tesis
Browse
Browsing Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia - Tesis by Subject "Arabic Vocabulary Acquisition"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- PublicationPembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab: Perbandingan Penggunaan Kaedah Drama Digital Dan Penceritaan Digital Berdasarkan Tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(2025-05)Alkasirah, Nurul Azni MhdKajian ini bertujuan mengkaji kesan perbezaan drama digital dan penceritaan digital berdasarkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi (kbat) terhadap penguasaan kosa kata bahasa arab dan pencapaian tajuk pekerjaan. Ia juga mengkaji persepsi pelajar terhadap kelebihan dan keberkesanan drama digital dan penceritaan digital dalam pembelajaran kosa kata bahasa arab. Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini adalah strategi pembelajaran iaitu drama digital dan penceritaan digital. Manakala pemboleh ubah bersandar pula adalah penguasaan kosa kata bahasa arab dan pencapaian tajuk pekerjaan. Pemboleh ubah moderator pula adalah kemahiran berfikir aras tinggi yang terdiri daripada tahap tinggi, sederhana dan rendah. Kajian ini menggunakan kaedah campuran iaitu reka bentuk eksperimental (reka bentuk empat kumpulan solomon) dan temu bual. Seramai 165 orang pelajar tingkatan satu yang terlibat dalam kajian ini. Hasil dapatan utama menunjukkan drama digital lebih baik secara signifikan berbanding penceritaan digital terhadap penguasaan kosa kata bahasa arab dan pencapaian tajuk pekerjaan. Dapatan juga menunjukkan bahawa drama digital lebih baik secara signifikan berbanding penceritaan digital pada kbat tahap tinggi dan sederhana bagi penguasaan kosa kata bahasa arab. Walau bagaimanapun, pada kbat tahap rendah, dapatan menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara kedua-dua strategi