Pusat Kajian Kelestarian Global - Tesis
Browse
Browsing Pusat Kajian Kelestarian Global - Tesis by Subject "Kemiskinan Bandar"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- PublicationAnalisis Kemiskinan Bandar: Kajian Kes Golongan B40 Di Petaling Jaya, Selangor(2022-07)Siti Nor Ain, MayanSetiap negara menginginkan kemiskinan dapat dikurangkan sehingga ke tahap sifar. Namun ia perlu seiring dengan usaha yang berterusan dan pendekatan yang dinamik sesuai dengan perkembangan sosial masyarakat. Kehidupan masyarakat semakin kompleks sehingga menyebabkan golongan berpendapatan rendah atau dikenali sebagai golongan B40 yang hidup ditengah proses urbanisasi semakin terhimpit kerana kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari. Meningkatkan taraf hidup dan pendapatan golongan ini adalah sangat penting untuk mengukuhkan kestabilan ekonomi dan sosial di dalam negara Malaysia. Terdapat empat objektif dalam kajian ini iaitu membentuk profil golongan B40, mengenal pasti tahap pemilikan harta golongan B40 di kawasan bandar, memeta pengelompokkan golongan B40 dengan menggunakan Sistem Informasi Geografi (GIS), dan membangun kaedah yang sesuai untuk meningkatkan taraf hidup golongan B40 di kawasan bandar. Bagi mencapai objektif kajian, penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif. Proses temu bual informan dijalankan secara bersemuka dengan menggunakan borang soal selidik. Terdapat tiga kumpulan informan yang pertama terdiri daripada golongan B40 seramai 50 orang yang dipilih secara rawak di lima kawasan bandar terpilih di daerah Petaling Jaya, Selangor. Lima kawasan tersebut ialah Bandar Petaling, Petaling, Sungai Buloh, Damansara dan Bukit Raja.