Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan - Monograf / Manuskrip
Browse
Browsing Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan - Monograf / Manuskrip by Title
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- PublicationAngkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)(1982)Ariffin, KamaruzamanIlham untuk menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ASIM) telah mula wujud pada bulan Ogos tahun 1969. Pergerakan ini telahpun dilancarkan pada bulan Julai 1970 oleh sekumpulan belia islam yang telah menjalani persediaan yang lama dan lengkap sebagai pekerja-pekerja islam di universiti-universiti dan maktab tempatan dan luar negeri. Hanya pada tahun 1971 ianya ditubuhkan secara rasmi dan didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia dimana Sdr. Anwar Ibrahim adalah orang yang pertama memimpin ABIM sehinggalah beliau meletak jawatan pada tahun 1982 untuk bertanding dalam pilihanraya sebagai calon Bartisan Nasional.
- PublicationCerita Raja Bersiong(2016-03)Adnan, ZaitunKajian ini akan membandingkan huraian mengenai cerita Raja Berstong seperti yang terdapat di dalam Hikayat Meron2 Mahawan2sa di satu pihak dan cerita Raja Bersiong yang tersebar sebagai tradisi lisan di kalangan masyarakat di pihak yang lain. Perbandingan akan ditumpukan kepada sejauh mana terdapat persamaan dan perbezaan di dalam kedua-duanya. Perbincangan mengenai persamaan akan meliputi cerita Raja Bersiong yang dikatakan suka meminum darah dan memakan daging manusia. Akibat daripada perbuatannya itu rakyat telah sepakat dengan pembesar negeri untuk bangun memberontak dan ini memaksa baginda lari membawa diri. Dari segi perbezaan pula perbincangan akan meliputi keadaan baginda semasa dikejar oleh rakyat di mana terdapat nama-nama tempat yang dikaitkan dengan peristiwa itu seperti Baling. Pegang. Teloi. Siong dan sebagainya.