Publication: Membina sebuah aplikasi rangkaian menggunakan protokol datagram pengguna (udp)
datacite.subject.fos | oecd::Engineering and technology::Electrical engineering, Electronic engineering, Information engineering::Electrical and electronic engineering | |
dc.contributor.author | Baharudin, Norain | |
dc.date.accessioned | 2024-08-08T01:56:28Z | |
dc.date.available | 2024-08-08T01:56:28Z | |
dc.date.issued | 2008-05-01 | |
dc.description.abstract | Dalam sistem perhubungan sekarang, penghantaran dan penerimaan mesej antara satu sama lain amat penting. Salah satu protokol popoular yang digunakan dalam perhubungan rangkaian adalah Protokol Datagram Pengguna (UDP). Protokol ini tidak dapat memberi jaminan bahawa mesej yang disampaikan dapat diterima oleh penerima. Projek ini dijalankan bagi membuktikan bahawa aplikasi rangkaian pelayan/pelanggan (client/server) boleh menggunakan protokol datagram pengguna selain daripada menggunakan protokol yang lain. Bagi aplikasi rangkaian pelayan/pelanggan yang menggunakan protokol datagram pengguna ini, penghantaran mesej yang dilakukan adalah serentak tanpa memerlukan akuan daripada pelanggan. Mesej yang dihantar oleh pelayan komputer akan dapat diterima oleh semua pelanggan yang mana alamat protokol internetnya di masukkan ke dalam antaramuka pengguna penghantar. Penghantaran mesej adalah jenis simpleks atau penghantaran satu hala yang mana hanya penghantar yang boleh menghantar mesej manakala penerima pula hanya boleh menerima mesej yang dihantar. Secara kesimpulannya, aplikasi pelayan/pelanggan (client/server) dapat dibina dengan menggunakan protokol datagram pengguna (UDP). | |
dc.identifier.uri | https://erepo.usm.my/handle/123456789/20112 | |
dc.language.iso | other | |
dc.title | Membina sebuah aplikasi rangkaian menggunakan protokol datagram pengguna (udp) | |
dc.type | Resource Types::text::report | |
dspace.entity.type | Publication | |
oairecerif.author.affiliation | Universiti Sains Malaysia |