Publication:
Penentu Pelaburan Langsung Asing Dan Pengaruh Terhadap Taburan Ruangan Di Semenanjung Malaysia

Loading...
Thumbnail Image
Date
2022-03
Authors
Abd Rahman, Norliza
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami transformasi ekonomi sejak tahun 1960an. Pelaburan Langsung Asing (PLA) mula menjadi mekanisme utama dalam merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kemasukan PLA ke Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor penentu ekonomi dan ruang yang berlaku sejak dasar dan polisi kerajaan diperkenalkan. Walau bagaimanapun faktor lokasi merupakan aspek penting yang perlu dilihat kerana keputusan syarikat dan tidak semestinya dipengaruhi oleh polisi dan insentif cukai semata-mata namun mengambil kira faktor lain seperti aglomerasi industri, tenaga buruh dan perkelompokan pelaburan domestik. Banyak kawasan ekonomi seperti Special Economic Zone dan Free Trade Zone dibuka untuk memberi lebih banyak peluang dan pilihan kepada pelabur terutama dalam sektor pembuatan. Kehadiran PLA ke Malaysia secara langsung telah menyebabkan berlaku ketidakseimbangan taburan ruangan.
Description
Keywords
Penentu Pelaburan Langsung Asing , Taburan Ruangan Di Semenanjung Malaysia
Citation