Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan - Tesis

Browse

Recent Submissions

Now showing 1 - 5 of 321
  • Publication
    Improvement Of Open-Source Satellite Data For Land Cover And Flood Mapping In The Kelantan River Basin, Malaysia
    (2025-08)
    Tew, Yi Lin
    Understanding the interactions between land cover and hydroclimatic processes is essential for effective flood risk management and climate adaptations, especially in data-scarce tropical basins like the Kelantan River Basin (KRB) in Malaysia. This study aims to improve the applicability of the European Space Agency (ESA) Climate Change Initiative (CCI) land cover product for hydroclimatic impact assessment by integrating multiple open-source land cover datasets and examining their relationship with climate variables. The study was conducted in three phases. First, the ESA CCI land cover maps were harmonized and merged with suitable Copernicus Global Land Service (CGLS), The Global Land Surface Satellite global land cover (GLASSLC), Finer Resolution Observation and Monitoring of Global Land Cover (FROM-GLC) and ESRI2020 data through spatial reclassification and accuracy assessment to generate an improved land cover product tailored for KRB where the data is used for land cover change assessment for the region. Secondly, a rapid flood inundation mapping model was developed using Sentinel-1 SAR data on the Google Earth Engine (GEE) platform to detect floodaffected areas during selected monsoonal events. Third, statistical analyses were conducted to examine the relationship between land cover changes and climatic changes in terms of rainfall and temperature was analyzed using the Pearson Correlation approach for years 1992 to 2018.
  • Publication
    Geospatial Analysis Of Domestic Energy Consumption In Kaduna State, Northwest Region Of Nigeria
    (2025-09)
    Dabo, Shuaibu
    Energy is a vital element for the socio-economic development of a country. However, many households in Nigeria lack access to modern energy sources and rely on traditional fuels. This has a negative impact on household health and the environment. This study geospatially analyzed domestic energy consumption in Kaduna State. The study had five objectives, namely to identify patterns of domestic energy consumption by household, to analyze factors influencing domestic energy choices, to analyze spatial distribution patterns and rates of domestic energy consumption, to assess the environmental implications of domestic energy consumption, and to predict future patterns of domestic energy consumption in the study area.
  • Publication
    Pembinaan Rangka Kerja Kebajikan Masyarakat Berteraskan Ekonomi Di Masjid Terpilih
    (2025-09)
    Hamdan, Nazmi Qayyum
    Masjid merupakan tempat melakukan kebajikan selain daripada ibadah. Ahli politik terlibat dalam memberikan bantuan dengan menggunakan masjid sebagai tempat penerimaan. Namun begitu, sebahagian masyarakat menganggap perbuatan tersebut tidak patut, bahkan ada pihak masjid tidak memberikan ruang kepada asnaf untuk berniaga berhampiran masjid. Ditambah pula sesetengah masjid tidak cakna terhadap ahli kariahnya yang kesusahan. Hal ini menunjukkan seolah-olah masyarakat disempitkan dengan persepsi bahawa masjid hanyalah tempat beribadah. Perkara ini mungkin menyebabkan model kebajikan masyarakat berteraskan masjid menurut konteks Malaysia masih tidak diwujudkan. Oleh itu, kajian ini terdapat tiga objektif yang kesemuanya bersifat kualitatif. Objektif pertama tesis ini adalah untuk menyorot sejarah masjid berkaitan selain daripada ibadah setelah kewafatan Rasulullah SAW berdasarkan kitab Tarikh al-Rusul wa al-Muluk oleh al-Tabariy. Kajian dilakukan secara kepustakaan dan hasil dapatan dirumuskan secara tematik. Objektif kedua adalah untuk mengenal pasti kegiatan masjid dalam membantu golongan yang memerlukan kebajikan. Hal ini dilakukan dengan menemu bual sebanyak 21 informan di 14 masjid seluruh Malaysia. Data lapangan dianalisis secara initial coding, penulisan memo, focused coding (kategori). Objektif ketiga pula adalah untuk membina teori kebajikan masyarakat menurut masjid terpilih dalam bentuk rangka kerja. Hal ini dicapai melalui kerangka kajian grounded theory yang dianalisis secara theoretical coding.
  • Publication
    Pembentukan Model Ta‘Āwun Rumah Ibadat Islam (Motar) Dan Kerjasama Bukan Islam (Mokar) Dalam Kebajikan Masyarakat Berdasarkan Amalannya Di Malaysia
    (2025-08)
    Mohd Khalli, Mohd Nazmi
    Dalam usaha Malaysia menguruskan hal-hal kebajikan masyarakat, rumahrumah ibadat pelbagai agama turut terlibat membantu negara mengurangkan bebanan dan risiko yang dialami oleh masyarakat. Situasi sedemikian dapat dilihat melalui kerjasama damai antara masjid dengan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) seperti gereja, tokong dan kuil membantu masyarakat yang miskin dan memerlukan. Bahkan, masjid dan RIBI juga bekerjasama membantu masyarakat kecemasan akibat banjir dan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 (PKP COVID-19) sekitar tahun 2020 hingga 2022. Walau bagaimanapun, di sebalik misi bantuan dalam kerjasama damai ini, timbul pelbagai polemik yang kurang senang dalam kalangan masyarakat berbilang agama, amnya antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Hal ini bertitik tolak misi bantuan yang dihulurkan mendatangkan salah faham dan berupaya mengganggu hubungan positif antara masyarakat berbilang agama. Justeru itu, untuk merungkai realiti sebenar, kajian membentuk model yang berasaskan pengalaman masjid yang diberi nama Model Ta‘āwun Rumah Ibadat bagi masjid (MoTaR masjid) dan Model Kerjasama Rumah Ibadat bagi RIBI (MoKaR RIBI) dalam kebajikan masyarakat. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif yang menumpukan kaedah temu bual mendalam kepada seramai 28 orang informan merangkumi 14 buah masjid, enam buah gereja, lima buah tokong dan tiga buah kuil dari pelbagai negeri di Malaysia. Kemudian, kajian turut menggunakan perisian ATLAS.ti untuk memproses data hingga pembentukan model. Hasil dapatan mendapati, MoTaR masjid dan MoKaR RIBI memaparkan pengalaman rumah ibadat melaksanakan misi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Dalam pada itu, MoTaR masjid dan MoKaR RIBI secara tidak langsung membuktikan betapa rumah-rumah ibadat di Malaysia berperanan penting dalam usaha menonjolkan kerjasama damai antara negara – rumah ibadat – masyarakat.
  • Publication
    Pendekatan Da'Wah Al-Irsyad Al-Nafsiyy Menurut Al-Ghazali : Satu Kajian Di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
    (2008-10)
    Hamjah, Salasiah Hanin
    Kaunseling dapat memainkan peranan sebagai salah satu pendekatan bagi membendung gejala sosial dalam masyarakat. Walaubagaimanapun, pendekatan kaunseling semasa yang berasaskan teori barat didapati kurang berkesan dalam menangani masalah ini terutamanya yang melibatkan masyarakat lslam. Ini kerana kebanyakan masalah masyarakat adalah berpunca daripada aspek emosional seperti marah, benci, kecewa dan pelbagai masalah berkait dengan persoalan hati yang lain. Lni menggambarkan terdapat keperluan untuk menerapkan elemen-elemen spiritual dalam kaunseling bagi mengatasi permasalahan itu. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan tersebut dengan membina kerangka penerapan nilai da'wah al-irsyad al-nafsiyy menurut al-ghazali secara sistematik dalam pelaksanaan kaunseling yang memberi fokus kepada aspek spiritual manusia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk meneliti adakah pendekatan seumpama tersebut diaplikasikan dalam pelaksanaan kaunseling di pk mains. Penyelidikan ini merupakan satu kajian kualitatif dengan- reka bentuk kajian kes. Kaedah utama yang digunakan ialah kaedah temu bual di samping beberapa kaedah lain seperti observasi, analisis dokumen dan soal selidik. Alat kajian yang digunakan ialah protokol temu bual dan borang soal selidik. Data-data daripada temu bual dianalisis meliputi proses membuat transkripsi, reduksi, koding dan paparan data. Hasil kajian mendapati terdapat enam peringkat dalam pendekatan da 'wah al-irsyad al-nafsiyy menurut al-ghazal] iaitu membina kemesraan dengan med'ii, mengenal diri, mengenalpasti punca masalah, mujanedet: al-nafs, riyaqah al-nafs dan muhasebeh al-nafs.