Publication:
Potensi Bacillus Subtilis Dalam Mengurangkan Kepekatan Ammonia Di Ruang Tertutup Melalui Semburan Bioorganik

dc.contributor.authorSaidun, Syahanim
dc.date.accessioned2026-06-09T03:44:00Z
dc.date.available2026-06-09T03:44:00Z
dc.date.issued2025-01
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk menghasilkan semburan bio mesra alam yang tidak membahayakan pengguna dan kepelbagaian mikrob dalam tangki sanitari, bagi mengatasi masalah bahan kimia berbahaya dalam penyegar udara. Kajian dibahagikan kepada tiga fasa utama. Fasa 1 melibatkan penghasilan b.Subtilis kering. Fasa 2 menggunakan dua kaedah, yang pertama, penjerapan b.Subtilis ke dalam arang dengan pengocakan berbeza, dan kedua, memasukkan b.Subtilis ke dalam air suling pada kepekatan yang berbeza. Kedua-dua kaedah diuji dalam kotak kebuk udara untuk melihat penurunan bacaan ammonia. Keputusan menunjukkan kaedah penjerapan b.Subtilis dalam arang tidak memberikan kesan yang baik, manakala kaedah kedua berjaya mengurangkan kadar ammonia sebanyak 0.5 g/l. Kaedah semburan ini kemudian digunakan dalam empat zon yang berbeza dan ianya juga menunjukkan pengurangan faktor lain seperti pm2.5, pm 10, pm 1.0, hcho dan tvoc. Fasa 3 mendapati keadaan optimum berlaku pada suhu 37°c, ph 7, pengocakan 150 rpm, kepekatan b.Subtilis 1.0 g/l dan dos ammonia 4 ml/l. Walaupun b.Subtilis kerap digunakan untuk mengurangkan kadar ammonia, kajian ini menekankan kepentingan mengkaji kaedah penggunaan yang tepat termasuk kepekatan dan kaedah penyediaan.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/24345
dc.language.isoother
dc.subjectenclosed environment
dc.titlePotensi Bacillus Subtilis Dalam Mengurangkan Kepekatan Ammonia Di Ruang Tertutup Melalui Semburan Bioorganik
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files