Publication:
Memahami Budaya Pemakanan Penghidap Diabetes Melitus Jenis II Dalam Masyarakat India Muslim Di Pulau Pinang

dc.contributor.authorJalil, Rosna Abdoll
dc.date.accessioned2025-07-21T08:59:05Z
dc.date.available2025-07-21T08:59:05Z
dc.date.issued2024-08
dc.description.abstractKesihatan merupakan aset bernilai yang perlu dijaga bermula dari amalan harian atau budaya khususnya dalam aspek pemakanan bagi mencegah risiko penyakit tidak berjangkit termasuk diabetes. Setiap masyarakat mempunyai budaya, amalan, tradisi, kepercayaan dan cara hidup tersendiri. Namun, kebanyakan individu hari ini tidak sepenuhnya mengetahui dan mengamalkan budaya tradisi dalam penjagaan kesihatan. Pemakanan dan gaya hidup moden masyarakat hari ini menyebabkan pengkaji berpendapat kajian ini perlu dilakukan dan diharapkan dapat memberi kesedaran peringkat awal meminimakan risiko dan komplikasi penyakit diabetes. Tujuan utama kajian ini ialah memahami budaya pemakanan penghidap diabetes II dalam masyarakat India Muslim di Pulau Pinang. Objektif kajian khusus adalah untuk mengkaji makna makanan sebelum dan selepas menghidap diabetes II, memahami faktor sosiobudaya yang mempengaruhi amalan pemakanan dan mengenal pasti perubahan amalan pemakanan. Kaedah utama kajian ini menggunakan penerokaan kualitatif untuk memahami budaya pemakanan penghidap diabetes II masyarakat India Muslim merangkumi kepercayaan mengenai penyakit dan amalan kesihatan berkaitan pemakanan berdasarkan disiplin antropologi perubatan. Pemilihan informan dilakukan secara persampelan bertujuan dan bola salji (snowball). Temubual mendalam melibatkan sebanyak 15 orang informan yang mewakili penghidap diabetes II bagi menghuraikan budaya pemakanan dalam populasi India Muslim di Pulau Pinang.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/22327
dc.subjectBudaya Pemakanan
dc.subjectBudaya Pemakanan Penghidap Diabetes
dc.subjectPenghidap Diabetes Melitus Jenis II
dc.subjectDiabetes
dc.subjectDiabetes Melitus Jenis II Dalam Masyarakat India Muslim Di Pulau Pinang
dc.subjectMasyarakat India Muslim Di Pulau Pinang
dc.titleMemahami Budaya Pemakanan Penghidap Diabetes Melitus Jenis II Dalam Masyarakat India Muslim Di Pulau Pinang
dc.typeResource Types::text::thesis::master thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files