Publication:
Penggunaan Penciptaan Seni Bersama Dalam Keterlibatan Komuniti Untuk Meningkatkan Kualiti Kesejahteraan Sosial

dc.contributor.authorMat, Mohamad Faizuan
dc.date.accessioned2025-05-23T02:07:46Z
dc.date.available2025-05-23T02:07:46Z
dc.date.issued2024-03
dc.description.abstractProjek seni komuniti telah banyak dilaksanakan oleh pelbagai pihak termasuk institusi awam, organisasi bukan kerajaan, kolektif seni dan individu. Walaupun begitu, kaedah dan modul pelaksanaan serta aspek penilaian projek keterlibatan komuniti ini masih lagi kabur dan membingungkan. Lantaran itu, projek-projek seni komuniti terdahulu tidak menawarkan maklumat, pengetahuan dan bukti terhadap manfaat yang telah diraih oleh komuniti. Pembuktian yang definitif terhadap manfaat yang diraih oleh komuniti perlu dipersembahkan untuk membina pengetahuan seni. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka teori penciptaan seni bersama dengan keterlibatan komuniti untuk meningkatkan kualiti kesejahteraan sosial. Projek penciptaan seni bersama dijalankan di dua lokasi terpilih iaitu Kampung Muhibbah dan Kampung Bako, Kuching, Sarawak yang telah melibatkan 60 orang peserta. Projek penciptaan seni bersama ini dilaksanakan dengan menerapkan aktiviti seni seperti penghasilan arca daripada bahan kitar semula, fotografi dan video telefon pintar.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/21815
dc.subjectPenggunaan Penciptaan Seni Bersama Dalam Keterlibatan Komuniti
dc.titlePenggunaan Penciptaan Seni Bersama Dalam Keterlibatan Komuniti Untuk Meningkatkan Kualiti Kesejahteraan Sosial
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files