Pusat Pengajian Seni - Tesis

Browse

Recent Submissions

Now showing 1 - 5 of 141
  • Publication
    Kajian Kes Penggunaan Konsep Permainan Dalam Pengajaran Seni Muzik Kepada Pelajar Kelas Sepuluh Di Sekolah Menengah Atas Deli Murni Sibolangit Indonesia: Gabungan Dan Adaptasi Teori Permainan Kooperatif Parten Dan Teori Kontraktivisme Vygotsky
    (2015-07)
    Nababan, Rebecca Octary Rossy
    Tujuan kajian ini adalah untuk membentuk pelan pengajaran seni muzik kelas kesepuluh sekolah menengah atas dengan menggunakan pendekatan permainan untuk membantu pelajar dalam belajar unsur - unsur muzik. Adapun pelan pengajaran itu adalah berdasarkan Kurikulum Berbasis Kompetensi yang disyorkan oleh kerajaan. Kajian ini dijalankan untuk membentuk dua puluh pelan pengajaran terhadap pelajar yang berumur 15 - 17 tahun di Sekolah Menengah Atas Deli Murni, Indonesia. Teori Permainan Kooperatif oleh Parten dan Scaffolding oleh Vygotsky disesuaikan dan diadaptasikan ke dalam pelan pengajaran ini. Kedua teori tersebut telah menghasilkan satu set pelan pengajaran yang membantu pelajar memahami dan menghayati konsep ritrna dan tangga nada dalam proses pembelajaran muzik. Terdapat tiga jenis ujian dalam kajian ini. Pertama, ujian Pra melibatkan kajian literasi, temu bual dan pemerhatian tidak berstruktur. Kedua, ujian rintis yang akan dikendalikan untuk menguji keberkesanan prosedur - prosedur pengajaran, bahan - bahan yang digunakan dan permainan yang disesuaikan. Selepas menjalankan ujian rintis, perubahan dan penambahbaikan pelan pengajaran dilakukan, manakala ujian sebenar dibentuk setelah pengubahan pelan pengajaran. Adapun yang menjadi penilai dalam kajian ini adalah pengkaji dan guru asal sebenarnya. Nilai korelasi untuk setiap penilaian yang dijalankan adalah dalam rangkaian sederhana dan tinggi.
  • Publication
    Dysfunction In Isolation: Metaphor Of Personal Urbanisation Experience Through Painting
    (2024-07)
    Zhang, Fan
    This research highlights the dysfunction in isolation as a metaphor in the creation of paintings. A general review of existing artists currently portrays space and objects in the language of painting in their creations. However, their works are more about expressing personal emotions rather than social issues related to isolation. On the other hand, the current painting does not express isolation from the perspective of dysfunction. To establish a theoretical foundation for expressing isolation as a social issue in creative work, analyse the pertinent literature on art and society. Social and emotional problems are gaining ground as urban society and technology advance. The metropolitan population now frequently experiences psychological issues related to isolation. There are several opportunities for studio-based research to add to the corpus of knowledge about creative processes. In this study, I adapt a model of the creative based on the Aesthetico-Action Research model. The primary method for creating a model to produce a sequence of paintings includes observation, reflection, planning, creation, and interpretation. Phase one created a ‘newspaper guy’ and copied it into different works. The ‘newspaper guy’ as a symbol reflects the current state of the urban population. It expresses dysfunction in isolation by representing the connection between the figure and the space. The second phase shows typical urban objects. The absence, overt dysfunction, and excessive approaches are all examples of how the metropolitan populace expresses materialism.
  • Publication
    The Cultural Authenticity Of Visual Narratives In Children’S Picture Books In China
    (2024-03)
    Qi, Fenfen
    This study was inspired by an analysis of the Chinese picture book market, where imported foreign picture books account for more than 80% of children's picture book sales in China. Extensive exposure to a foreign culture is detrimental to developing national identity and a sense of belonging in young children. As a result, original Chinese picture books must incorporate traditional Chinese artistic language, national characteristics, and aesthetic guidelines. As a starting point, the research sample was consist of children's picture books that express traditional Chinese art styles. In order to analyse the visual narrative images of the selected samples, this study used qualitative analysis to code the samples by using multimodal discourse analysis as a model framework, and the findings were validated using interviews. The expression of cultural authenticity in picture books in narrative form was an essential instrument for children's exposure to culture and a source of overt and covert 'ideological' information about the world and social values. Therefore, this study examined the visual elements of traditional genre picture book images, beginning with the internal structure of picture books. Besides that, this research also focused on the visual narrative expression of visual communication guidelines regarding the constitutive laws of images within picture books. Finally, this study aimed to develop a visual narrative model for children's picture books in traditional Chinese genres that authentically represent classic art and culture.
  • Publication
    Penggunaan Penciptaan Seni Bersama Dalam Keterlibatan Komuniti Untuk Meningkatkan Kualiti Kesejahteraan Sosial
    (2024-03)
    Mat, Mohamad Faizuan
    Projek seni komuniti telah banyak dilaksanakan oleh pelbagai pihak termasuk institusi awam, organisasi bukan kerajaan, kolektif seni dan individu. Walaupun begitu, kaedah dan modul pelaksanaan serta aspek penilaian projek keterlibatan komuniti ini masih lagi kabur dan membingungkan. Lantaran itu, projek-projek seni komuniti terdahulu tidak menawarkan maklumat, pengetahuan dan bukti terhadap manfaat yang telah diraih oleh komuniti. Pembuktian yang definitif terhadap manfaat yang diraih oleh komuniti perlu dipersembahkan untuk membina pengetahuan seni. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka teori penciptaan seni bersama dengan keterlibatan komuniti untuk meningkatkan kualiti kesejahteraan sosial. Projek penciptaan seni bersama dijalankan di dua lokasi terpilih iaitu Kampung Muhibbah dan Kampung Bako, Kuching, Sarawak yang telah melibatkan 60 orang peserta. Projek penciptaan seni bersama ini dilaksanakan dengan menerapkan aktiviti seni seperti penghasilan arca daripada bahan kitar semula, fotografi dan video telefon pintar.
  • Publication
    Panggung Memori : Ekspresi Sezaman Pohon Beringin Melalui Eksplorasi Animasi Gelungan
    (2024-03)
    Rahim, Haris Abadi Abdul
    Kajian ini adalah suatu usaha untuk menghasilkan interpretasi-interpretasi baru daripada sebuah subjek seni tradisional Melayu iaitu Pohon Beringin melalui pendekatan praktis studio. Walaupun berbeza dari watak-watak wayang kulit yang lebih popular, kepentingan Pohon Beringin dalam sesebuah persembahan tidak dapat dinafikan - baik dari sudut simbolik, falsafah dan juga fungsinya. Selain itu, bentuk dan struktur visualnya yang ikonik juga telah menjadi teras kepada penciptaan karya-karya baharu di dalam studio. Pemilihan Pohon Beringin dalam penerokaan ini bukan saja dibuat berdasarkan status dan falsafah simbolismenya dalam seni animasi tradisional tempatan dan serantau, tetapi turut mengambil kira potensi hubungkaitnya dengan bentuk animasi sezaman. Selain itu kajian ini juga adalah satu percubaan meneroka potensi animasi gelung (loop animation) sebagai satu medium yang ekspresif dan puitis dalam penghasilan karya seni yang bersifat eksperimental. Didorong oleh naluri teknikal dan konsepsual, kajian ini adalah satu inisiatif untuk mencabar kemampuan estetik animasi gelung, yang kini digunapakai dengan meluas dalam era teknologi maklumat. Praktis studio ini dijalankan melalui tiga fasa eksposisi. Setiap eksposisi cuba melihat variasi perkembangan praktis melalui pendekatan teoritikal dan teknikal. Penghasilan karya-karya dalam setiap fasa berlaku selari dengan kajian kontekstual yang berterusan, menjadikan kajian ini sentiasa bervariasi dan berkembang secara organik. Dalam eksposisi pertama, struktur simetri Pohon Beringin, faktor pertembungan budaya serta karakteristik dan gaya animasi telah diberi perhatian dalam praktis.