Publication:
Pembinaan Modul Pengajaran Bagi Pembelajaran Sosial Dan Emosi Murid Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Rendah Di Negeri Perak

No Thumbnail Available
Date
2024-06
Authors
Muhammad, Mahathir
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan satu modul pengajaran pembelajaran sosial dan emosi (mpse) sebagai panduan guru pendidikan khas program pendidikan khas integrasi (ppki) sekolah rendah bagi memenuhi sistem pembelajaran dalam bidang pengurusan kehidupan yang terkandung dalam kssr pendidikan khas. Reka bentuk kajian ini berbentuk kuantitatif dan disokong oleh kualitatif sebagai sumber sekunder yang dilaksanakan dalam tiga fasa. Fasa i ialah kajian tinjauan mengenai analisis keperluan, fasa ii ialah kajian mereka bentuk dan pembinaan modul pengajaran pembelajaran sosial dan emosi berasaskan model reka bentuk pengajaran addie, manakala fasa iii ialah kajian tinjauan mengenai penilaian kualiti kebolehgunaan terhadap modul pengajaran tersebut oleh pihak berkepentingan dalam pendidikan khas pembelajaran. Kaedah analisis data merangkumi analisis deskriptif, nilai min, peratus, analisis tematik kualitatif dan fuzzy delphi. Dapatan kajian fasa analisis keperluan menunjukkan 98.8% guru ppki memerlukan modul pengajaran dan didapati tahap pengetahuan dan pelaksanaan mengenai pembelajaran sosial dan emosi guru ppki berada pada tahap sederhana. Model reka bentuk pengajaran addie digunakan dalam kajian fasa ii iaitu peringkat reka bentuk modul. Isi kandungan modul diperoleh melalui teknik fuzzy delphi dua pusingan iaitu temu bual dan instrumen soal selidik oleh tiga orang (temu bual) dan 12 orang pakar (soal selidik) dalam bidang berkaitan. Analisis yang digunakan adalah terdiri daripada analisis tematik dan soal selidik 7 skala likert.
Description
Keywords
Pembinaan Modul Pengajaran Bagi Pembelajaran Sosial Dan Emosi Murid Program Pendidikan Khas
Citation