Publication: Wacana Tentang Ahli Politik Wanita Dalam Akhbar Indonesia
Loading...
Date
2024-07
Authors
Wulandari, Theresia Diyah
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Isu gender adalah isu yang mendapat banyak perhatian daripada ahli akademik.
Satu kajian yang menarik adalah mengenai kesaksamaan wanita dan lelaki dalam
politik. Kajian ini mengkaji bagaimana calon ahli politik wanita terdedah kepada 153
berita di akhbar harian di Indonesia, iaitu Pikiran Rakyat, Pos Kota, Suara Merdeka,
dan Waspada, semasa tempoh kempen 2004-2019.Tujuan kajian ini ialah untuk
menentukan corak berita, kesan stereotaip, dan agenda spektrum feminisme dari empat
akhbar harian ini. Penyelidikan ini menggunakan kaedah analisis wacana dengan
pendekatan Pasca-Strukturalisme Feminisme (FPDA) yang membongkar makna
bahasa kewartawanan. Kaedah ini diikuti dengan wawancara mendalam dengan 12
penulis berita. Dari hasil analisis wacana feminisme pasca- sturukturalisme dapat
disimpulkan bahawa corak liputan akhbar mengikuti koleksi maklumat dari hasil
liputan dan wawancara sumber berita, tetapi budaya dan kuasa editor dapat mengubah
suai pendedahan berita, adakah calon ahli politik Wanita berdaya atau tidak
Description
Keywords
Ahli Politik Wanita , Akhbar Indonesia