Publication: Terjemahan Dan Maklumat Linguistik Kata Kerja Berimbuhan Men- Dalam Kamus Umum Bahasa Melayu-cina Serba Baru
Loading...
Date
2023-09
Authors
Lee, Pin Ling
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Penyelidikan tentang maklumat linguistik dalam kamus dwibahasa Melayu-Cina, khususnya kajian terjemahan entri kata berimbuhan ke dalam bahasa Cina amat signifikan berikutan perbezaan struktur bahasa yang wujud antara kedua-dua bahasa tersebut. Tesis ini melaporkan kajian tentang terjemahan maklumat linguistik dalam kamus dwibahasa Melayu-Cina. Kata kerja berimbuhan meN- yang meliputi kata kerja berawalan meN-, memper-, kata kerja berapitan meN-...-i, meN-...-kan, memper-...-i, memper-...kan, serta maklumat linguistiknya disari secara manual daripada Kamus Umum Bahasa Melayu-Cina Serba Baru (KUBMC). Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan KK berimbuhan meN- dan padanannya dalam bahasa Cina dari segi bentuk dan makna, menganalisis dan menyimpulkan ketepatan padanan kata kerja berimbuhan meN- dalam bahasa Cina, serta meneliti fenomena kehadiran maklumat-maklumat diakronik, pemerian, sinkronik, diasistematik dan contoh penggunaan bagi kata kerja berimbuhan meN- dalam KUBMC. Kajian ini memanfaatkan teori perkamusan oleh Hartmann (2001), klasifikasi maklumat linguistik dan subkategori maklumat diasistematik oleh Hartmann dan James (1998), jenis padanan dalam kamus dwibahasa oleh Al-Kasimi (1983:153), teori ketepatan terjemahan gagasan Larson (1984), klasifikasi jenis makna oleh Darwis Harahap (1994), pendekatan analisis bandingan oleh Johansson (2008), serta konsep bentuk yang dikemukakan oleh Larson (1984).
Description
Keywords
Terjemahan Dan Maklumat Linguistik , Kata Kerja Berimbuhan Men- Dalam Kamus , Kamus Umum Bahasa Melayu-cina Serba Baru , Lee , Pin Ling , Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan