Publication: Rekabentuk pemenggal arus terus 10V, 10A.
No Thumbnail Available
Date
2006-03
Authors
Harun, Hani Syazana
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Matlamat utama projek tahun akhir ini adalah merekabentuk satu litar penukar arus terus (dc) atau lebih dikenali sebagai pemenggal arus terus menggunakan topologi Cuk. Fungsi utama litar ini adalah untuk menukarkan satu nilai voltan arus terus kepada satu nilai voltan arus terus yang lain. Litar ini juga direkabentuk untuk menghasilkan keluaran yang tetap pada masukan yang berubah-ubah. Keluaran tetap yang ingin dicapai ialah pada voltan keluaran 10V dan arus keluaran 10A. Analisis litar dijalankan menggunakan perisian PSIM bagi menguji litar yang telah direkabentuk. Tujuan analisis ialah untuk menentukan nilai parameter yang sesuai, mengurangkan kehilangan kuasa dan seterusnya menghasilkan litar dengan kecekapan yang tinggi. Rekabentuk litar pensuisan pula menggunakan teknik permodulatan lebar denyut (PWM). Teknik ini mampu mengubah lebar denyut pada frekuensi yang telah ditetapkan dan menghasilkan kitar tugas dari 0.1 sehingga 0.9. Nilai kitar tugas ini diubah mengikut nilai masukan untuk mendapatkan keluaran tetap pada 10V. Teknik ini juga mampu menghasilkan
isyarat dengan kadar tempoh pensuisan yang pantas. Secara keseluruhannya, kecekapan litar yang direkabentuk secara praktikal adalah sangat rendah iaitu lebih kurang 30% sahaja.