Publication: Rekabentuk penukar dc untuk aplikasi 5V dan 20A Menggunakan topologi pemenggal buck boost.
| datacite.subject.fos | oecd::Engineering and technology::Electrical engineering, Electronic engineering, Information engineering::Electrical and electronic engineering | |
| dc.contributor.author | Ismail, Mohd Hafiz | |
| dc.date.accessioned | 2026-11-27T08:24:06Z | |
| dc.date.available | 2026-11-27T08:24:06Z | |
| dc.date.issued | 2006-05 | |
| dc.description.abstract | Penukar DC ke DC adalah litar elektronik kuasa yang menukarkan satu aras voltan DC kepada satu aras voltan DC yang lain, biasanya dengan keluaran yang teratur. Pemenggal DC ke DC digunakan secara meluas dalam bekalan kuasa ragam pensuisan seperti yang terdapat dalam komputer, penerima televisyen, pengecas bateri dan pemacu motor DC. Terdapat 4 topologi pemenggal yang digunakan pada masa sekarang ialah pemenggal Buck , pemenggal Boost. pemenggal Buck Boost dan pemenggal Cuk. Projek ini bertujuan untuk mereka bentuk litar pemenggal Buck Boost untuk aplikasi 5V, 20Ampere. Pengoperasian litar pemenggal ini terdiri dari 2 bahagian utama iaitu litar pemenggal Buck Boost dan litar penjana “PWM” iaitu litar pemacu. Litar pemacu merupakan bahagian yang sangat penting kerana litar ini menentukan tempoh masa buka dan tutup litar pemenggal yang direka bentuk. Pembinaan Litar pemacu ini terdiri daripada 2 IC utama iaitu IC pengawal PWM SG3525A dan pemacu mosfet IR2110. Sebelum litar prototaip dibangunkan pengiraan nilai parameter-parameter litar perlu dilakukan terlebih dahulu dan litar di simulasi dengan menggunakan perisian PSIM. Daripada keputusan simulasi yang diperoleh, keluaran litar amat dipengaruhi oleh frekuensi pensuisan, nilai kitar tugas dan nilai pearuh. Walaupun mosfet berjaya dipicu dan litar pemenggal yang direka bentuk berjaya beroperasi, namun begitu matlamat keluaran 5V,20Ampere menemui kegagalan. | |
| dc.identifier.uri | https://erepo.usm.my/handle/123456789/25703 | |
| dc.language.iso | other | |
| dc.title | Rekabentuk penukar dc untuk aplikasi 5V dan 20A Menggunakan topologi pemenggal buck boost. | |
| dc.type | Resource Types::text::report::technical report | |
| dspace.entity.type | Publication | |
| oairecerif.author.affiliation | Universiti Sains Malaysia |