Publication: Gelagat Etika Kerja Ejen Takaful Menurut Perspektif Peserta Takaful
Loading...
Date
2025-02
Authors
Abdullah, Nor Arini
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Perspektif peserta takaful ke atas ejen takaful penting bagi memastikan peserta takaful mempunyai kepercayaan, kesetiaan dan kepuasan terhadap perkhidmatan ejen takaful. Namun begitu, dalam menjalankan tugas sebagai ejen takaful, timbul isu berkaitan gelagat etika kerja ejen takaful semasa berurusan dan berkomunikasi dengan peserta takaful seperti memberikan maklumat yang tidak benar berkaitan produk takaful, tidak memahami keperluan peserta takaful, penjelasan berkaitan dengan produk takaful yang salah dan penangguhan urusan tuntutan. Sepatutnya ejen takaful perlu mempunyai etika kerja yang baik seperti memberikan khidmat nasihat dan cadangan produk takaful yang bersesuaian dengan keperluan peserta takaful. Amalan dalam pemasaran industri takaful memerlukan ejen takaful untuk mempromosikan dan memasarkan produk takaful kepada orang ramai. Ejen takaful ditugaskan sebagai wakil kepada pengendali takaful untuk menguruskan prosedur penyertaan pelan takaful serta berperanan dalam memberikan maklumat yang telus dan jelas kepada peserta takaful
Description
Keywords
Business ethics