Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) - Tesis

Browse

Recent Submissions

Now showing 1 - 5 of 59
  • Publication
    Kualiti Insan Dalam Penilaian Prestasi Menurut Al-ghazali Berdasarkan Kimiya’ Al-sa’adah
    (2024-09)
    Abidin, Nurul Ain Zainul
    Salah satu kaedah menilai kualiti insan ialah menerusi penilaian prestasi. Penilaian prestasi sering diamalkan di pelbagai peringkat termasuk di peringkat institusi, di peringkat pentadbiran kerajaan dan sebagainya. Namun, penilaian prestasi sering menghadapi pelbagai cabaran dan isu untuk pelaksanaan penilaian yang terbaik. Antara isu yang diutarakan adalah ketidakadilan, bias dan ketiadaan kompetensi yang keseluruhannya bertitik tolak daripada unsur utama dalam penilaian prestasi iaitu insan. Bertitik tolak daripada itu, kualiti insan dilihat sangat penting dalam menjayakan penilaian prestasi. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengkaji kualiti insan dalam penilaian prestasi menurut tokoh pembangunan insan dalam Islam iaitu al-Ghazali berdasarkan kitab beliau Kimiya’ al-Sa‘adat. Kajian ini dilakukan dengan tiga objektif kajian. Objektif pertama, mengenal pasti kualiti insan dalam penilaian prestasi berteraskan Islam. Objektif kedua, menganalisis kualiti insan dalam penilaian prestasi menurut al-Ghazali berdasarkan Kimiya’ al-Sa‘adat. Objektif ketiga, mencadangkan kualiti insan dalam penilaian prestasi menurut al-Ghazali berdasarkan Kimiya’ al-Sa‘adat. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif asas yang melibatkan pengumpulan data daripada sumber sekunder dan akhirnya menganalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dengan bantuan perisian Atlas.ti versi 24.
  • Publication
    Taxonomy Of Human Intelligence Development In Islam: Analysis Based On Majmū’āṯ Rasā’il Al-Imām Al-Ghazāli
    (2024-06)
    Abdul Rahman, Siti Noor Mawar
    Taxonomy is a study that examine in detail about entity, component and make a classification of it. There is also taxonomy which arrange the entity and component into a structure. The study of entity, component and structure of human intelligence is an ongoing studies and has provided many answers. No consensus achieves among scholars to define what human intelligence is and this effects its development. Therefore, taxonomy study is the solution to this puzzle. Taxonomy study through Islamic perspective is the paradigm shift in human intelligence scientific revolution. In midst of human intelligence’s inquiry, artificial intelligence (AI) merges as a challenge to human intelligence development. The development of AI seems to be moving progressively in replacing human intelligence and the direction of its movement is unknown. By using Islamic paradigm, the challenge of AI could be mitigated by introducing new paradigm of human intelligence through taxonomy study because new paradigm needs to answer all the basic questions. The objective of this taxonomy study is to identify basic entities, components and structural hierarchy of human intelligence development. The second objective is to analysze these basic entities, components and structural hierarchy based on collection of treatises or writings of al-Ghazālī (Majmū’aṯ Rasā’il al-Imām al-Ghazālī) abbreviated as MRIG. The third objective is to conclude the taxonomy of human intelligence development in Islam based on MRIG. This study is a basic qualitative design. Data is collected from primary and secondary data.
  • Publication
    Conceptualization Of The Islamic Quality Management Model For Non-Profit Islamic Based Development Institutions In Malaysia
    (2023-02)
    Mokhtar, Mohd Sadiq Mohd
    Non-Profit Islamic Based Development Institution (NPIBDI) has been an essential institution for Muslims. Malaysia is Muslim majority country with Islam as the religion of the Federation. To the Islamic world, Malaysia is the role model in terms of its Islamic institutions. However, past researchers raised issues regarding NPIBDI in Malaysia, which is found to be underachieved compared to profit-based Islamic institutions as the level of confidence to these institutions are low. Even though NPIBDI is a non-profit entity, NPIBDI manage a considerable amount of funds and is susceptible to mismanagement. Therefore, past researchers suggested that the NPIBDI implement a conventional quality management model. However, arguments by researchers show that these quality management models are unsuitable to be implemented in Islamic institutions based on the Islamic philosophical perspectives. On the other hand, Malaysia introduced shariah based Islamic Quality Management (MS1900), whose aim is to fill the gap left by conventional quality management. However, past researchers also criticised MS1900 because some of the concepts are still within the conventional quality management paradigm, which does not align with the Islamic philosophical paradigm.
  • Publication
    Kriteria Dan Tahap Kesetiaan Pekerja Perbankan Islam Di Banda Aceh, Indonesia
    (2016-11)
    Nurdin, Ridwan
    Kesetiaan pekerja merupakan satu pembahasan penting yang menarik minat banyak ahli sains pengurusan sumber manusia dan perilaku organisasi. Perkara ini disebabkan selain kerana kesetiaan pekerja akan menguntungkan majikan juga dapat dimanfaatkan kepada kemajuan dan pembangunan organisasi atau syarikat. Oleh itu pandangan Islam tentang kesetiaan pekerja Muslim perlu diambil berat, kerana pandangan lazim dianggap tidak mencukupi dari sisi kerangka kerja falsafah atau tasawumya. Isu ini boleh diselesaikan melalui konsep kesetiaan pekerja dalam perspektif Islam (KPI). Kajian ini memiliki tiga objektif, iaitu a) Mengenal pasti konsep KPI; b) Menganalisis dan membentuk kriteria KPI; dan c) Menilai kesetiaan pekerja di Institusi Perbankan Islam di Banda Aceh, Indonesia berdasarkan kriteria KPI. Kajian ini dibahagi kepada dua fasa, iaitu teoretikal dan empirikal.
  • Publication
    Pengetahuan Fenomena Falak Nelayan Pesisiran Pantai Utara Kuching, Sarawak: Kajian Berdasarkan Perkaedahan Etno-falak
    (2023-09)
    Sulaiman, Nur Aida Athirah
    Fenomena falak terhasil daripada pergerakan objek seperti bulan, matahari, bintang dan planet bukan hanya digunakan sebagai penentu waktu ibadah, tetapi dimanfaatkan oleh masyarakat nelayan dalam menjalankan aktiviti perikanan. Pengetahuan fenomena falak nelayan memberi panduan dalam menghasilkan tangkapan yang optimum dan menjamin keselamatan nelayan di laut. Lazimnya, pengetahuan tersebut diketahui dan diamalkan oleh generasi nelayan lama dan berusia. Kesan penglibatan nelayan yang semakin berkurang memberi kesan kepada jumlah pendaratan ikan di laut dan secara langsung memberi impak kepada sumber ekonomi negara. Tambahan pula, pengetahuan fenomena falak nelayan semakin pupus dan sekiranya ia tidak dikaji, pengetahuan tersebut akan terus pupus rentetan daripada trend penglibatan nelayan yang semakin berkurang dan tiada pendokumentasian yang dilakukan. Oleh itu, timbul persoalan adakah perkaedahan etnoastronomi sesuai digunakan bagi mengkaji berkenaan nelayan Islam? Adakah terdapat perkaedahan berteraskan Islam seperti perkaedahan etno-falak? Bagaimanakah perkaedahan etno-falak boleh mengkaji pengetahuan fenomena falak dalam kalangan nelayan Muslim? Seterusnya, kelompok nelayan manakah yang sesuai dikaji? Justeru, bagi menjawab persoalan tersebut, empat objektif kajian dikemukakan. Pertama, mengenal pasti fenomena falak berdasarkan al-Qur’an. Kedua, mengenal pasti fenomena falak di pesisiran pantai Utara Kuching, Sarawak.