Publication:
Masyarakat Sivil Berteraskan Islam Di Indonesia: Politik Akomodasi Dan Pendemokrasian Oleh Muhammadiyah Dan Al-Washliyah Di Sumatera Utara

dc.contributor.authorKusmanto, Heri
dc.date.accessioned2026-10-28T08:02:52Z
dc.date.available2026-10-28T08:02:52Z
dc.date.issued2013-02
dc.description.abstractTesis ini menganalisis Muhammadiyah dan Al-Washliyah sebagai masyarakat sivil berteraskan Islam yang menjalankan politik akomodasi untuk mempertahankan kewujudannya dalam menghadapi politik Orde Baru yang menekan dan upaya mereka untuk melakukan pendemokrasian pada masa peralihan politik selepas kejatuhan Soeharto, khasnya dalam konteks masyarakat tempatan di Sumatera Utara. Tesis ini berhasrat mengenal pasti Muhammadiyah dan Al-Washlisyah sebagai masyarakat sivil berteraskan Islam, menganalisis politik Orde Baru, menganalisis politik akomodasi Muhammadiyah dan Al-Washliyah pada masa Orde Baru, dan upaya mereka menyokong pendemokrasian dalam skop dan batasan masa 1998- 2008. Reka bentuk kajian penyelidikan tesis ini menggunakan kajian kes. Pengumpulan data sekunder dilakukan dengan kajian perpustakaan dan kajian dokumen berkaitan dengan sejarah dan amali Muhammadiyah dan Al-Washliyah, politik Orde Baru, dan masa peralihan politik di Indonesia. Kajian lapangan pula dijalankan dengan pengamatan, temu bual dan temu bual dalam majlis kumpulan bagi memperoleh data primer berhubung politik Orde Baru, praktik politik akomodasi dan upaya pendemokrasian oleh Muhammadiyah dan Al-Washliyah. Data daripada kajian dianalisis secara kualitatif.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/25258
dc.subjectMasyarakat Sivil Berteraskan Islam Di Indonesia
dc.subjectPolitik Akomodasi Dan Pendemokrasian
dc.subjectMuhammadiyah Dan Al-Washliyah
dc.subjectSumatera Utara
dc.titleMasyarakat Sivil Berteraskan Islam Di Indonesia: Politik Akomodasi Dan Pendemokrasian Oleh Muhammadiyah Dan Al-Washliyah Di Sumatera Utara
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files