Publication:
Sifat kejuruteraan campuran asfalt tambah getah

Loading...
Thumbnail Image
Date
2006-03-01
Authors
Jaafar, Mohd Kamil
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Berbanding dengan di negara Barat, kajian serta penggunaan tentang bitumen tambah getah di Malaysia masih lagi belum meluas. Dalam kajian ini, kekuatan bahan pengikat akan mempengaruhi kekuatan campuran yang akan dihasilkan. Terdapat dua kaedah atau proses dalam menghasilkan bitumen tambah getah iaitu proses basah dan proses kering. Di dalam kajian ini, getah dan bitumen diadun melalui proses basah. Bitumen 80/100 digunakan manakala serbuk getah diperolehi dari tayar trak terpakai. Bitumen tambah getah yang dihasilkan diaplikasikan ke atas campuran asfalt berliang untuk melihat keberkesanannya. Di dalam kajian ini, peratusan kandungan serbuk getah yang digunakan adalah 15.25%, 18% dan 22%. Kesan ciri kejuruteraan ke atas campuran asfalt berliang diperolehi melalui ujian kebolehtelapan, ujian lelasan Cantabro, ujian kestabilan, ujian kebingkasan dan ujian tegangan tak langsung. Kajian ini menerangkan hasil yang diperolehi dari penghasilan bitumen tambah getah dan campuran asfalt berliang tambah getah. Daripada kepelbagaian tayar, prestasi bitumen tambah getah yang dihasilkan adalah lebih baik dari bitumen lazim yang selalu digunakan. Secara keseluruhannya, terdapat data hasil kajian yang boleh digunakan terutamanya bitumen tambah getah yang dihasilkan. Hasil ujian yang dijalankan keatas bitumen tambah getah kebanyakannya mematuhi spesifikasi JKR dan AASHTO. Ini menunjukkan ia boleh diaplikasikan sebagai bahan campuran yang mampu menghasilkan turapan yang berkualiti.
Description
Keywords
Citation