Publication: Pembinaan Dan Penilaian Keberkesanan Modul Penulisan Untuk Meningkatkan Pencapaian Penulisan Karangan Murid Tingkatan Dua
Loading...
Date
2024-08
Authors
Raman, Subramaniam
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk membangunkan dan menilai keberkesanan modul penulisan karangan Bahasa Melayu tingkatan dua, iaitu modul penulisan karanga yang dibangunkan menggunakan Model ADDIE. Objektif kajian telah digarapkan, antaranya aadalah untuk mereka bentuk dan membangunkan modul penulisan penulisan, seterusnya mengukur kesan penggunaan modul penulisan terhadap peningkatan pencapaian menulis perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup. Objektif kelima mengukur kesan penggunaan modul penulisan terhadap peningkatan pencapaian kemahiran menulis karangan antara murid lelaki dengan perempuan tingkatan dua.Persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan dan responden terdiri dari pelbagai kategori berdasarkan instrumen kajian. Untuk tujuan analisis keperluan yang menggunakan borang selidik, seramai 360 orang murid tingkatan dua dari sembilan buah sekolah menengah.Manakala untuk tujuan penilaian 40 orang murid kumpulan rawatan digunakan. Dalam melaksanakan intervensi seranai 80 orang murid dipilih iaitu 40 orang murid untuk kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menjalani ujian pra dan ujian pasca dalam intervensi tersebut. Seramai 10 orang guru Bahasa Melayu digunakan untuk Instrumen temu bual separa berstruktur juga digunakan untuk analisis keperluan dan 8 orang guru Bahasa Melayu menengah rendah untuk kebolehgunaan modul. Hasil kajian menunjukkan bahawa modul penulisan ini berjaya meningkatkan pencapaian penulisan karangan bahasa melayu murid tingkatan dua.
Description
Keywords
Pembinaan Dan Penilaian Keberkesanan Modul Penulisan , Meningkatkan Pencapaian Penulisan Karangan Murid Tingkatan Dua , Modul Penulisan , Pencapaian Penulisan Karangan , Raman , Subramaniam , Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan