Publication:
Reka Bentuk Penilaian Inventori Fakad Rumah Kedai Warisan: Kajian Kes Bandaraya Ipoh, Perak

Loading...
Thumbnail Image
Date
2023-07
Authors
Wan Ali, Wan Nordiana
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Pada hari ini, banyak rumah kedai warisan di kawasan bandar utama di Malaysia termasuk Bandaraya Ipoh, Perak, dilihat masih tetap utuh. Aset seni bina ini adalah penting kerana menggambarkan kegemilangan dan pencapaian Bandaraya Ipoh sejak berabad lamanya. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian rumah kedai warisan ini mengalami perubahan tidak wajar pada fakad disebabkan oleh aktiviti yang tidak mematuhi prinsip pemuliharaan. Situasi ini telah mencetuskan fenomena karektor seni bina yang tidak konsisten pada elemen fakad. Oleh itu, penyelidikan ini memfokuskan kepada dua aspek iaitu membangunkan matriks taksonomi gaya seni bina serta rubrik intervensi yang bertujuan untuk mendokumentasi serta menilai tahap keutuhan reka bentuk fakad rumah kedai warisan. Kaedah pemerhatian berstruktur terhadap rumah kedai warisan telah dijalankan di Kawasan Warisan Bandaraya Ipoh untuk gaya seni bina Peralihan, Eklektik, Neoklasik, Seni Dekorasi, Awal Moden dan Moden. Selain itu, pemerhatian berstruktur juga dijalankan untuk mengkaji pelbagai masalah dan intervensi fakad seperti pemeliharaan, keusangan, penggantian, reka bentuk semula dan sebagainya. Unit analisis pula merangkumi elemen fakad rumah warisan termasuklah struktur, litupan bangunan, bukaan, fenestrasi dan ornamen. Data terkumpul diproses secara analisis kandungan menggunakan teknik pengekodan terbuka dan tematik untuk mendapatkan senarai karektor seni bina fakad, kategori masalah serta intervensi yang berlaku pada fakad rumah kedai warisan. Hasil penyelidikan menemukan matrik taksonomi gaya seni bina dan rubrik intervensi fakad rumah kedai warisan yang kemudiannya diformulasi untuk membangunkan instrumen penilaian eFakad. Penggunaan eFakad sebagai inventori oleh Pihak Berkuasa Tempatan boleh meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan maklumat serta garis panduan reka bentuk fakad rumah kedai warisan yang sedia ada dalam pengurusan pemuliharaan bangunan warisan. Disamping itu, penambahbaikan sistem pengurusan pemuliharaan bangunan warisan ini memberi implikasi makro dan mikro terhadap konsep reka bentuk bandar dengan pengekalan keutuhan fizikal fakad rumah kedai warisan serta keharmonian latar langit dan lanskap bandar Kawasan Warisan Bandaraya Ipoh demi penghayatan generasi akan datang.
Description
Keywords
Reka Bentuk Penilaian Inventori Fakad Rumah Kedai Warisan , Kajian Kes Bandaraya Ipoh , Perak
Citation