Publication:
Penyampaian Mesej Dalam Interpretasi Bahasa Isyarat Malaysia (Bim) Dan Interpretasi Bahasa Isyarat Komunikasi (Bik)

dc.contributor.authorRahim, Siti Zaharah Abdul
dc.date.accessioned2026-06-08T07:15:54Z
dc.date.available2026-06-08T07:15:54Z
dc.date.issued2025-05
dc.description.abstractKekurangan jurubahasa isyarat (jbi) di malaysia merupakan satu permasalahan yang perlu diberi perhatian. Berdasarkan laporan tahunan yang dikeluarkan oleh kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (2021), di malaysia, hanya terdapat 0.24 peratus jbi yang berdaftar dengan persekutuan orang pekak malaysia (mfd) jika dibandingkan dengan seramai 40,389 orang kurang upaya (oku) pendengaran yang berdaftar dengan jabatan kebajikan masyarakat (jkm) pada tahun 2020. Menerusi kerjasama pelbagai pihak, masalah ini perlahan-lahan sedang diatasi supaya komuniti pekak di malaysia boleh menerima maklumat dan berkomunikasi dengan lebih baik dengan komuniti bukan pekak. Kajian ini memberi penekanan terhadap penyampaian mesej dalam interpretasi bahasa isyarat dengan menjadikan bahasa isyarat malaysia (bim) dan bahasa isyarat komunikasi (bik) sebagai bahasa isyarat utama dalam kajian. Kajian ini dilakukan bagi memenuhi tiga objektif iaitu (i) menerangkan penggunaan bim dan bik dalam interpretasi bahasa isyarat oleh jbi di malaysia, (ii) membandingkan unsur semiotik dalam penyampaian interpretasi dalam bim dan bik dan (iii) mengkaji pemahaman khalayak berdasarkan mesej yang diinterpretasikan jurubahasa menggunakan bim dan bik.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/24330
dc.language.isoen
dc.subjectSign Language Translation
dc.titlePenyampaian Mesej Dalam Interpretasi Bahasa Isyarat Malaysia (Bim) Dan Interpretasi Bahasa Isyarat Komunikasi (Bik)
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files