Publication:
Warisan Arkeologi Dan Alam Semulajadi : Sumbangannya Kepada Pemerkasaan Pelancongan Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman

dc.contributor.authorShahidan, Shaiful Idzwan
dc.date.accessioned2024-06-21T08:21:13Z
dc.date.available2024-06-21T08:21:13Z
dc.date.issued2023-09
dc.description.abstractTapak Guar Kepah B di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, merupakan sebuah bukit kerang atau “shell midden” yang telah dikaji selama lebih 150 tahun. Dalam tempoh tersebut, kajian saintifik mengenai tapak ini masih kurang, termasuk isu in-situ fitur dan artifak yang terdapat di dalam bukit kerang ini. Oleh sebab itu, satu kajian arkeologi secara sistematik dijalankan bagi menentukan status in-situ tapak dan mengenal pasti artifak serta ekofak yang ada. Kajian ini melibatkan pelbagai teknik seperti penilaian literatur tentang Guar Kepah dan bukit kerang di Asia Tenggara, survei dan ekskavasi serta analisis saintifik ke atas rangka dan artifak termasuk analisis isotop bagi mengesan diet dan analisis elemen (XRD dan XRF) ke atas tembikar. Hasil kajian mendedahkan bahawa tapak merupakan bukit kerang in-situ buatan manusia berusia 5,000 - 6,000 B.P., dengan penemuan satu rangka wanita berdasarkan analisis antropologi fizikal yang berusia 40 tahun ditanam secara primer di dalam bukit kerang, berserta dengan barang dan istiadat pengebumian. Wanita ini menunjukkan ciri campuran ras Australomelanesoid dan Mongoloid yang hidup semasa fasa peralihan Hoabinhian dan Neolitik. Data diet dari analisis isotop menunjukkan subsisten yang bergantung kepada sumber daratan dan marin. Secara amnya, tapak ini merupakan tapak pengebumian manusia yang beradaptasi dengan ekosistem daratan dan marin pada fasa akhir Hoabinhian - awal Neolitik di pesisiran pantai Semenanjung Malaysia. Ia seterusnya telah memberi pemahaman tentang arkeologi bukit kerang di Asia Tenggara.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/19482
dc.language.isoen_US
dc.subjectTapak Arkeologi Guar Kepah
dc.subjectMalaysia Dalam Konteks Prasejarah
dc.subjectKonteks Prasejarah Di Asia Tenggara
dc.subjectMalaysia
dc.subjectShahidan
dc.subjectShaiful Idzwan
dc.subjectPusat Penyelidikan Arkeologi Global
dc.titleWarisan Arkeologi Dan Alam Semulajadi : Sumbangannya Kepada Pemerkasaan Pelancongan Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files