Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM - Tesis

Browse

Recent Submissions

Now showing 1 - 5 of 48
  • Publication
    Pengurusan Warisan Kebudayaan Maritim Di Semenanjung Malaysia: Kajian Kes Kapal Karam
    (2019-08)
    Baco, Zainuddin
    Setelah lebih 35 tahun (1980-2015) Pengurusan Warisan Kebudayaan Maritim (PWKM), Malaysia masih tidak terlepas daripada pelbagai isu dan permasalahan asas. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan permasalahan utama PWKM di Semenanjung Malaysia dan seterusnya memberi rekomendasi yang sesu ai untuk mengatasi isu dan masalah tersebut. Pemerihalan isu dan masalah PWKM diperincikan dengan melihat proses tindakan PWKM menerusi dua fasa iaitu Fasa 1: Jabatan Muzium dan Antikuiti (1980 - 2005) dan Fasa 2: Jabatan Warisan Negara (2005 - 2015). Aspek ut ama yang ditekankan semasa fasa tersebut adalah aspek dasar dan amalan PWKM yang dilakukan oleh pihak berkepentingan kerajaan, mekanisme perundangan warisan dan penilaian tahap keberkesanan PWKM. Hasil kajian mendapati terdapat tujuh isu dan masalah PWKM i aitu kekurangan peruntukan perundangan, konflik pihak berkepentingan, aktiviti manusia seperti penjarahan dan pemburuan harta karam, perdagangan warisan budaya, keterbatasan sumber, pelancongan maritim dan konflik penyelidikan arkeologi maritim dengan salv aj komersial. Hasil kajian juga mendapati bahawa salah satu isu dan masalah utama dalam PWKM di Semenanjung Malaysia adalah isu kekurangan peruntukan perundangan warisan. Aspek perundangan merupakan teras utama PWKM kerana tanpa perundangan yang kukuh, seg ala aktiviti yang berkaitan dengan PWKM yang dijalankan tidak akan berkesan dan seterusnya mengundang pelbagai isu dan masalah lain. Oleh itu, rekomendasi utama kajian ini adalah pengukuhkan perundangan menerusi pindaan atau penambahan peruntukan perundang an yang sedia ada, pembahagian bidang kuasa dan tugas yang lebih jelas, penyebaran maklumat berkesan dan menyeluruh, peruntukan kewangan yang mencukupi, kerjasama antarabangsa, penubuhan kumpulan penyelidikan arkeologi bawah air dan tolak ansur penyelidika n arkeologi bawah air dengan salvaj komersial. Adalah diharap bahawa rekomendasi kajian ini dapat mengatasi isu dan masalah PWKM sedia ada dan membantu dalam penyediaan sebuah garis panduan PWKM yang lebih berkesan untuk melindungi dan memelihara tapak WKB A di Semenanjung Malaysia.
  • Publication
    Arkeologi Awam Dalam Amalan Permuziuman Di Malaysia
    (2025-09)
    Mohd Muztaza, Norhidayahti
    Muzium diakui sebagai medium arkeologi awam berdasarkan peranannya dalam mendedahkan pengetahuan arkeologi serta mewujudkan penglibatan orang awam dengan arkeologi. Walau bagaimanapun, terdapat jurang kajian mengenai amalan permuziuman berdasarkan perspektif arkeologi awam walaupun terdapat banyak muzium yang dibangunkan khas untuk pameran koleksi dan penyelidikan arkeologi di Malaysia, di samping kajian seumpama ini telahpun banyak diterbitkan oleh penerbitan luar negara. Jurang kajian tersebut menjadi motivasi penyelidik untuk meneroka amalan permuziuman di Malaysia berdasarkan perspektif arkeologi awam dengan menyelidik peranannya dalam mendedahkan pengetahuan arkeologi serta inisiatif muzium untuk melibatkan orang awam dengan arkeologi. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah kajian campuran melibatkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi memperoleh data kajian. Aktiviti pengumpulan data dilaksanakan di sembilan buah muzium dan galeri arkeologi di Malaysia, melibatkan kaedah pemerhatian ke atas aspek persembahan kandungan arkeologi di muzium, temu bual dengan kakitangan muzium untuk mendapatkan maklumat mengenai amalan muzium dalam aspek pendedahan pengetahuan arkeologi dan penglibatan awam berkaitan arkeologi, serta edaran borang soal selidik kepada pengunjung muzium bagi memperoleh maklumat mengenai latar belakang dan perspektif mereka mengenai arkeologi dan muzium arkeologi yang dikunjungi.
  • Publication
    Warisan Arkeologi Dan Alam Semulajadi : Sumbangannya Kepada Pemerkasaan Pelancongan Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman
    (2023-09)
    Shahidan, Shaiful Idzwan
    Tapak Guar Kepah B di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, merupakan sebuah bukit kerang atau “shell midden” yang telah dikaji selama lebih 150 tahun. Dalam tempoh tersebut, kajian saintifik mengenai tapak ini masih kurang, termasuk isu in-situ fitur dan artifak yang terdapat di dalam bukit kerang ini. Oleh sebab itu, satu kajian arkeologi secara sistematik dijalankan bagi menentukan status in-situ tapak dan mengenal pasti artifak serta ekofak yang ada. Kajian ini melibatkan pelbagai teknik seperti penilaian literatur tentang Guar Kepah dan bukit kerang di Asia Tenggara, survei dan ekskavasi serta analisis saintifik ke atas rangka dan artifak termasuk analisis isotop bagi mengesan diet dan analisis elemen (XRD dan XRF) ke atas tembikar. Hasil kajian mendedahkan bahawa tapak merupakan bukit kerang in-situ buatan manusia berusia 5,000 - 6,000 B.P., dengan penemuan satu rangka wanita berdasarkan analisis antropologi fizikal yang berusia 40 tahun ditanam secara primer di dalam bukit kerang, berserta dengan barang dan istiadat pengebumian. Wanita ini menunjukkan ciri campuran ras Australomelanesoid dan Mongoloid yang hidup semasa fasa peralihan Hoabinhian dan Neolitik. Data diet dari analisis isotop menunjukkan subsisten yang bergantung kepada sumber daratan dan marin. Secara amnya, tapak ini merupakan tapak pengebumian manusia yang beradaptasi dengan ekosistem daratan dan marin pada fasa akhir Hoabinhian - awal Neolitik di pesisiran pantai Semenanjung Malaysia. Ia seterusnya telah memberi pemahaman tentang arkeologi bukit kerang di Asia Tenggara.
  • Publication
    The Study Of Cargoes From Tanjung Simpang Mengayau Wreck And Jade Dragon Wreck, Kudat, Sabah
    (2023-03)
    Masbaka, Masyella
    This thesis discusses the analysis and classification of artefacts recovered from cargoes of two ancient shipwrecks in Kudat, Sabah, Malaysia. On the basis of stylistic analysis of the ceramics from each ship, these ceramics are presumably dated around 10th to 13th centuries CE. The objectives of this study are (1) to produce a documented data to evaluate cargoes from the two ships, (2) to classify the recovered artefacts using scientific analysis and morphological study and (3) to date and identify the provenance of the cargoes. The first shipwreck is known as Tanjung Simpang Mengayau Wreck (TSM) and is believed to have sunk on its way from China to Borneo and/or Sumatera during the Northern Song Dynasty (960-1127 CE), while the second shipwreck, Jade Dragon Wreck (JDW) is dated to the Southern Song Dynasty (1127-1279 CE) judging from the similar artefacts found in Sumatera. The cargoes consist of earthenware, stoneware, porcelain and metal objects such as mirror discs and wall ornaments. The latter site also carried lithic artefact, which assemblage is absent at the former site. Analysis and classification of the ceramic cargo included 2,590 samples from the Department of Sabah Museum’s collection and private collectors in Sabah.
  • Publication
    Warisan Arkeologi Dan Alam Semulajadi : Sumbangannya Kepada Pemerkasaan Pelancongan Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman
    (2023-07)
    Ali, Mohd Amin
    Kajian ini memilih tajuk Pemasaran Pelancongan Warisan di daerah Kuala Muda kerana daerah ini baharu sahaja diperkenalkan dengan tiga produk warisan iaitu geologi (geotapak), biologi (biotapak) dan arkeologi (tapak geoarkeologi) secara rasmi sempena pemasyhuran Jerai Geopark pada 2017. Ini bermakna program geopark telah meningkatkan nilai pelancongan sedia ada di daerah Kuala Muda yang asalnya dalam bentuk ekopelancongan ke satu tahap pelancongan warisan berilmu di bawah geopelancongan. Berdasarkan pengurusan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) terhadap tapak UNESCO Global Geopark (UGGp), World Heritage Site (WHS) dan Man and Biosphere (MAB) mendapati pelancongan warisan berilmu ini hanya akan berjaya dengan lestari sekiranya komuniti dilibatkan sepenuhnya. Sehubungan itu objektif kajian ini adalah untuk (i) mengenal pasti nilai produk pelancongan warisan di daerah Kuala Muda, (ii) menentukan tahap pengetahuan komuniti, (iii) mengenal pasti pendapat komuniti dan (iv) menentukan hala tuju pemasaran pelancongan warisan di daerah Kuala Muda. Bagi mencapai objektif kajian maka kaedah soal selidik dijalankan melalui temu bual, Kajian Rintis dan Kajian Sebenar. Data akhir akan dianalisis dengan perisian SPSS.