Publication: Pembentukan Model Ta‘Āwun Rumah Ibadat Islam (Motar) Dan Kerjasama Bukan Islam (Mokar) Dalam Kebajikan Masyarakat Berdasarkan Amalannya Di Malaysia
| dc.contributor.author | Mohd Khalli, Mohd Nazmi | |
| dc.date.accessioned | 2026-07-23T01:18:43Z | |
| dc.date.available | 2026-07-23T01:18:43Z | |
| dc.date.issued | 2025-08 | |
| dc.description.abstract | Dalam usaha Malaysia menguruskan hal-hal kebajikan masyarakat, rumahrumah ibadat pelbagai agama turut terlibat membantu negara mengurangkan bebanan dan risiko yang dialami oleh masyarakat. Situasi sedemikian dapat dilihat melalui kerjasama damai antara masjid dengan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) seperti gereja, tokong dan kuil membantu masyarakat yang miskin dan memerlukan. Bahkan, masjid dan RIBI juga bekerjasama membantu masyarakat kecemasan akibat banjir dan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19 (PKP COVID-19) sekitar tahun 2020 hingga 2022. Walau bagaimanapun, di sebalik misi bantuan dalam kerjasama damai ini, timbul pelbagai polemik yang kurang senang dalam kalangan masyarakat berbilang agama, amnya antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Hal ini bertitik tolak misi bantuan yang dihulurkan mendatangkan salah faham dan berupaya mengganggu hubungan positif antara masyarakat berbilang agama. Justeru itu, untuk merungkai realiti sebenar, kajian membentuk model yang berasaskan pengalaman masjid yang diberi nama Model Ta‘āwun Rumah Ibadat bagi masjid (MoTaR masjid) dan Model Kerjasama Rumah Ibadat bagi RIBI (MoKaR RIBI) dalam kebajikan masyarakat. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif yang menumpukan kaedah temu bual mendalam kepada seramai 28 orang informan merangkumi 14 buah masjid, enam buah gereja, lima buah tokong dan tiga buah kuil dari pelbagai negeri di Malaysia. Kemudian, kajian turut menggunakan perisian ATLAS.ti untuk memproses data hingga pembentukan model. Hasil dapatan mendapati, MoTaR masjid dan MoKaR RIBI memaparkan pengalaman rumah ibadat melaksanakan misi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Dalam pada itu, MoTaR masjid dan MoKaR RIBI secara tidak langsung membuktikan betapa rumah-rumah ibadat di Malaysia berperanan penting dalam usaha menonjolkan kerjasama damai antara negara – rumah ibadat – masyarakat. | |
| dc.identifier.uri | https://erepo.usm.my/handle/123456789/24760 | |
| dc.language.iso | en | |
| dc.subject | Pembentukan Model Ta‘Āwun Rumah Ibadat Islam (Motar) Dan Kerjasama Bukan Islam (Mokar) | |
| dc.subject | Kebajikan Masyarakat Berdasarkan Amalannya | |
| dc.subject | Malaysia | |
| dc.title | Pembentukan Model Ta‘Āwun Rumah Ibadat Islam (Motar) Dan Kerjasama Bukan Islam (Mokar) Dalam Kebajikan Masyarakat Berdasarkan Amalannya Di Malaysia | |
| dc.type | Resource Types::text::thesis::doctoral thesis | |
| dspace.entity.type | Publication | |
| oairecerif.author.affiliation | Universiti Sains Malaysia |