Publication:
Filem Mat Kilau Dan Kebangkitan Konservatisme Melayu

Loading...
Thumbnail Image
Date
2023-07
Authors
Md Shahrudin, Mohamad Aqriel Shazwan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) menjadi fenomena dalam industri perfileman Malaysia apabila berjaya menjadi filem terlaris di Malaysia dengan kutipan sebanyak RM96 juta. Namun, di sebalik populariti filem ini yang pecah panggung, filem ini juga dikritik daripada kerana terlalu sarat dengan mesej perkauman dan agama serta kaitan penerbitan filem ini dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) konservatif seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Justeru, kajian ini akan membincangkan sama ada wujud agenda konservatisme Melayu di sebalik penerbitan filem ini dan menganalisis ideologi konservatisme Melayu yang digambarkan dalam filem ini. Teori ideologi konservatisme Melayu dan beberapa konsep lain diaplikasikan bagi membantu kajian ini. Dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual secara mendalam bersama enam orang informan dan analisis data sekunder, kajian ini mendapati bahawa filem ini padat dengan mesej-mesej konservatif yang berbaur perkauman dan agama.
Description
Keywords
Filem Mat Kilau , Kebangkitan Konservatisme Melayu
Citation