Publication:
Filem Mat Kilau Dan Kebangkitan Konservatisme Melayu

dc.contributor.authorMd Shahrudin, Mohamad Aqriel Shazwan
dc.date.accessioned2023-10-20T07:15:56Z
dc.date.available2023-10-20T07:15:56Z
dc.date.issued2023-07
dc.description.abstractFilem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) menjadi fenomena dalam industri perfileman Malaysia apabila berjaya menjadi filem terlaris di Malaysia dengan kutipan sebanyak RM96 juta. Namun, di sebalik populariti filem ini yang pecah panggung, filem ini juga dikritik daripada kerana terlalu sarat dengan mesej perkauman dan agama serta kaitan penerbitan filem ini dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) konservatif seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Justeru, kajian ini akan membincangkan sama ada wujud agenda konservatisme Melayu di sebalik penerbitan filem ini dan menganalisis ideologi konservatisme Melayu yang digambarkan dalam filem ini. Teori ideologi konservatisme Melayu dan beberapa konsep lain diaplikasikan bagi membantu kajian ini. Dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual secara mendalam bersama enam orang informan dan analisis data sekunder, kajian ini mendapati bahawa filem ini padat dengan mesej-mesej konservatif yang berbaur perkauman dan agama.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/17707
dc.subjectFilem Mat Kilau
dc.subjectKebangkitan Konservatisme Melayu
dc.titleFilem Mat Kilau Dan Kebangkitan Konservatisme Melayu
dc.typeResource Types::text::report::research report
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files