Publication:
Kajian Asal Usul Dan Makna Perkataan Terpilih Bahasa Melayu Daripada Bahasa Sanskrit Dan Parsi

dc.contributor.authorNor Hashim, Mohamad Nor Taufiq
dc.date.accessioned2023-08-28T08:09:50Z
dc.date.available2023-08-28T08:09:50Z
dc.date.issued2022-06
dc.description.abstractKajian ini merupakan sebuah kajian etimologi perkataan pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan Parsi terpilih dalam bahasa Melayu. Kajian didorongi oleh kewujudan polemik berkaitan asal usul tentang beberapa kata pinjaman. Di samping itu, kurangnya kajian berkaitan etimologi dan kekurangan maklumat etimologi pada perkataan yang disenaraikan dalam kamus bahasa Melayu yang hanya menurunkan asal usul perkataan sahaja menjadi sebab untuk kajian ini dilakukan. Objektif kajian yang pertama kajian ini adalah untuk mengenal pasti perkataan pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan bahasa Parsi. Seterusnya, perkataan yang dikenal pasti dianalisis dan kemunculan perkataan diselidiki dengan mengkaji dokumen. Perubahan-perubahan yang berlaku pada sesebuah perkataan pinjaman terpilih turut dijelaskan dalam kajian ini. Akhirnya, berdasarkan bukti yang ditemui, kajian ini berusaha untuk mempersembahkan etimologi awal bagi setiap perkataan pinjaman terpilih. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian kualitatif. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan dalam mengenal pasti 36 perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit dan 19 perkataan daripada bahasa Parsi daripada kamus Wilkinson (1901, 1902) dan Winstedt (1959). Analisis etimologi dilakukan berdasarkan kerangka pedoman etimologi yang digagaskan oleh Collins (2003).
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/17444
dc.language.isoother
dc.subjectBahasa Melayu
dc.subjectSanskrit Dan Parsi
dc.titleKajian Asal Usul Dan Makna Perkataan Terpilih Bahasa Melayu Daripada Bahasa Sanskrit Dan Parsi
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
MOHAMAD NOR TAUFIQ BIN NOR HASHIM - TESIS.pdf
Size:
2.43 MB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: