Publication:
Kesediaan Pekerja Menerima Perubahan Teknologi Pembuatan Pintar Di Kilang Bernas Sungai Limau Dan Paya Keladi

Loading...
Thumbnail Image
Date
2025-02
Authors
Mahayudin, Nur Awanis Mohamad
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Dunia kini semakin berkembang pesat seiring dengan kemajuan teknologi digital, yang membuka pelbagai peluang baru dan memacu perubahan dalam hampir setiap aspek kehidupan manusia. Salah satu sektor yang turut merasai kesan transformasi ini adalah sektor padi beras, terutamanya dalam proses pengeringan beras di kilang. Walaupun begitu, antara cabaran yang sering dihadapi adalah kesediaan pekerja untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu mengenal pasti kefahaman pekerja terhadap kepentingan teknologi pembuatan pintar, menganalisis hubungan dimensi perancangan, dimensi manusia dan dimensi selamat dan keselamatan dan menilai kesediaan pekerja dalam menerima perubahan teknologi pembuatan pintar. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana seramai 18 orang pekerja kilang bernas telah ditemu bual secara mendalam dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Hasil daripada kajian ini mendedahkan bahawa pekerja faham dengan kepentingan pembuatan pintar. Kedua, hasil kajian mendapati bahawa dimensi perancangan, dimensi manusia dan dimensi selamat dan keselamatan memainkan peranan penting dalam memastikan kesediaan.
Description
Keywords
Citation