Publication: Rekabentuk jangka ukur hingar industri.
No Thumbnail Available
Date
2006-05
Authors
Khadijah Kamarulazizi
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Projek tahun akhir ini melibatkan rekabentuk sebuah jangka ukur hingar industri. Jangka ukur hingar industri ini boleh ditafsirkan sebagai sebuah alat yang mampu mengukur sumber audio. Seperti yang diketahui, frekuensi tahap pendengaran manusia adalah dalam lingkungan (0.002 – 20) kHz, oleh itu jangka ukur hingar industri ini akan dapat mengukur bunyi pada lingkungan tersebut. Projek ini akan merangkumi bahagian litar dan perisian. Pada bahagian litar, segmen-segmen yang terhasil adalah segmen mikrofon untuk menukarkan suara manusia kepada tenaga elektrik, segmen penguat audio untuk menguatkan isyarat daripada mikrofon, segmen ADC (‘analogue to digital converter’) dan segmen penyimpanan data kepada mikropengawal 8051. Bahagian perisian melibatkan segmen antaramuka cip ADC0804 dengan mikropengawal 8051, segmen antaramuka mikropengawal dengan MATLAB dan perisian menganalisa sumber masukan audio di MATLAB. Untuk segmen penguat audio,cip LM386 digunakan. Cip ini merupakan sebuah cip penguat kuasa audio bervoltan rendah. Segmen ADC pula melibatkan cip ADC0804. Cip ini merupakan cip menukar isyarat analog ke isyarat digital. Cip ini dapat menjalankan pemperolehan data yang cepat dari sebuah isyarat. Isyarat dari mikrofon akan disalurkan ke penguat audio dan seterusnya ditukarkan ke isyarat digital melalui ADC. Keluaran dari ADC pula akan disimpan dalam mikropengawal 8051 dan dihantar ke perisian MATLAB untuk tujuan menganalisa. Perisian MATLAB akan memaparkan graf dalam domain masa dan frekuensi.