Publication: Unsur Sejarah Sebagai Satu Strategi Naratif Dalam Syair Perang Menteng Dan Syair Sultan Maulana: Satu Kajian Bandingan
Loading...
Date
2021-12
Authors
Wan Roshazli Wan Razali
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini membincangkan unsur sejarah sebagai satu strategi naratif secara perbandingan dalam Syair Perang Menteng dan Syair Sultan Maulana. Objektif utama kajian adalah untuk mengetengahkan unsur sejarah yang telah diguna oleh pengarang sebagai ilham penciptaan dalam Syair Perang Menteng dan Syair Sultan Maulana. Untuk memperdalamkan perbincangan, kajian ini didasarkan kepada teori naratif oleh Mieke Bal (2017) dan kerangka konsep sastera perbandingan oleh Susan Bassnett (1991). Beerdasarkan kepada teori naratif, lima prinsip yang akan diaplikasi dalam perbincangan kajian ini iaitu watak, latar, ideologi, pengarang dan teks. Di samping itu juga, kajian ini turut diperkemaskan lagi bersama pendekatan kesusasteraan bandingan melalui tiga prinsip yang terdapat dalam kesusasteraan bandingan iaitu tematik, generik dan genetik. Objektif kedua pula, adalah menganalisis ideologi pengarang yang terdapat dalam Syair Perang Menteng dan Syair Sultan Maulana sebagai idea untuk mengangkat kedudukan Sultan Mahmud Badaruddin II dalam Syair Perang Menteng manakala Sultan Maulana dalam Syair Sultan Maulana sebagai sultan yang mempunyai kehebatan dalam menyelesaikan masalah negaranya. Aspek perbandingan kajian ini akan menggunakan pendekatan genetik untuk memperlihatkan persamaan dan perbezaan watak kedua-dua sultan ini. Objektif ketiga ialah, membandingkan strategi peperangan orang Melayu Palembang dalam Syair Perang Menteng dan orang Melayu Kedah dalam Syair Sultan Maulana.
Description
Keywords
Unsur Sejarah Sebagai Satu Strategi Naratif , Syair Perang Menteng , Syair Sultan Maulana , Unsur Sejarah Sebagai Satu Strategi Naratif Dalam Syair Perang Menteng Dan Syair Sultan Maulana , Razali , Wan Roshazli Wan , Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh , Unsur Sejarah Sebagai Satu Strategi Naratif Dalam Syair Perang Menteng Dan Syair Sultan Maulana: Satu Kajian Bandingan