Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh - Tesis

Browse

Recent Submissions

Now showing 1 - 5 of 201
  • Publication
    Penggunaan Fauna Sebagai Makanan Dan Ubatan Dalam Kalangan Orang Asli Di Temengor, - Perak Dan Gua Musang, Kelantan
    (2017-02)
    Ismail, Siti Zubaidah
    Kajian etnozoologi telah dijalankan di lapan buah penempatan Orang Asli di Temengor, Perak dan Gua Musang, Kelantan yang terdiri dari suku Jahai dan Temiar. Maklumat berkaitan penggunaan haiwan liar sebagai makanan dan ubatan telah diperoleh melalui temu bual mendalam dalam kalangan tok batin, pengamal perubatan, bidan, pemburu, kaum wanita dan lelaki, serta golongan belia. Hasil kajian mendapati masyarakat Orang Asli di kedua-dua kawasan kajian masih bergantung kepada haiwan liar sebagai sumber utama makanan dan perubatan mereka. Sejumlah 86 spesies haiwan liar didapati telah digunakan sebagai sumber makanan. Daripada jumlah tersebut, 17 spesies haiwan liar telah digunakan untuk merawat 12 jenis penyakit seperti asma, batuk, keracunan, rheumatik dan masalah berkaitan kesuburan lelaki. Manakala kajian komposisi nutrien (analisis proksimat) dilakukan terhadap 12 spesies fauna yang kerap diambil sebagai makanan, mengikut kaedah masakan yang biasa, iaitu kaedah goreng, rebus dan bakar. Masakan bagi kesemua 12 spesies haiwan tersebut mempunyai nisbah 00-3 kepada (1)-6 yang ideal iaitu kurang daripada 4. Manakala nisbah PUF A kepada SF A, ikan Puyu (Anabas testudineusi goreng, Belut (Monopterus alba) rebus dan Siput sedut (Brotia costula) rebus lebih rendah daripada 004. Kaedah masakan secara rebus menyumbang nilai nutrien terbaik berbanding kaedah masakan lain. Hasil kajian ini, menunjukkan komuniti Orang Asli masih bergantung kepada haiwan liar untuk makanan dan ubatan tradisional. Xl
  • Publication
    Seni Silat Melayu Dalam Zaman Tradisi Dan Moden: Kajian Berdasarkan Teks Melayu Klasik Dan Amalan Masa Kini
    (2001-07)
    Ismail, Abd. Rahman
    Kajian ini meneliti, menganalisis, menghurai dan membincangkan ciri-ciri seru Silat Melayu yang terdapat pada zaman tradisi dan. membandingkan manifestasinya pada zaman moden. Beberapa teks sastera Melayu dan Nusantara klasik terpilih - seperti Hikayat RajaRaja Pasai, Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Patani, Tuhfat AI-Najis, Syair Siti Zubaidah Perang Cina, Tjindur Mata, dan Hikayat Awang Sulong Merah Muda -- dijadikan sumber bagi data tentang seni Silat zaman tradisi; manakala Seni Silat Gayung Fatani dijadikan sampel untuk mengkaji amalan seni tersebut pada masa kini. Teori I pendekatan Sejarah, Sosiologi Sastera, demo Tekstuai Intertekstual diterapkan untuk mengenal pasti dan menginterpretasi ciri-ciri dan fungsi seni Silat zaman tradisi; manakala teori / pendekatan Folkloristik diterapkan untuk mengenal pasti dan menginterpretasi ciri-ciri dan fungsi seni Silat masa kini.
  • Publication
    Nitrogen Doped Titania-Phosphorylated Chitosan For The Photocatalytic Decontamination Of Synthetic Dyes
    (2024-07)
    Subramaniam, Sumaliny
    The aim of this research is to develop a novel bifunctional photocatalyst composed of nitrogen-doped titania (N-doped TiO2) and phosphorylated chitosan (PCS) nanocomposite for the removal of Acid Red 88 (AR 88) and Methylene Blue (MB) from aqueous solutions. Phosphorylation of chitosan was successfully modified through solvothermal treatment using phosphoric acid in a closed Teflon-lined stainless-steel autoclave. Subsequently, the obtained PCS was incorporated with N-doped TiO2 to synthesize the N-doped TiO2-phosphorylated chitosan (NTP) nanocomposite via solvothermal treatment. The synthesized photocatalyst was thoroughly characterized using various analytical techniques, including scanning electron microscopy with electron dispersive X-ray spectroscopy (SEM-EDX), Fourier-transform infrared spectroscopy (FTIR), UV–Vis diffuse reflectance spectroscopy (UV-Vis DRS), Brunauer-Emmett-Teller (BET) analysis, X-ray diffraction analysis (XRD), X-ray photoelectron spectroscopy (XPS), and thermogravimetric analysis (TGA). Results indicated that the nanocomposite exhibited enhanced surface area and functional groups. The photocatalytic activity of NTP towards MB and AR 88 dyes were best described by the Langmuir-Hinshelwood kinetic model. Furthermore, regeneration and reusability studies demonstrated the excellent performance of NTP as a photocatalyst.
  • Publication
    Unsur Sejarah Sebagai Satu Strategi Naratif Dalam Syair Perang Menteng Dan Syair Sultan Maulana: Satu Kajian Bandingan
    (2021-12)
    Wan Roshazli Wan Razali
    Kajian ini membincangkan unsur sejarah sebagai satu strategi naratif secara perbandingan dalam Syair Perang Menteng dan Syair Sultan Maulana. Objektif utama kajian adalah untuk mengetengahkan unsur sejarah yang telah diguna oleh pengarang sebagai ilham penciptaan dalam Syair Perang Menteng dan Syair Sultan Maulana. Untuk memperdalamkan perbincangan, kajian ini didasarkan kepada teori naratif oleh Mieke Bal (2017) dan kerangka konsep sastera perbandingan oleh Susan Bassnett (1991). Beerdasarkan kepada teori naratif, lima prinsip yang akan diaplikasi dalam perbincangan kajian ini iaitu watak, latar, ideologi, pengarang dan teks. Di samping itu juga, kajian ini turut diperkemaskan lagi bersama pendekatan kesusasteraan bandingan melalui tiga prinsip yang terdapat dalam kesusasteraan bandingan iaitu tematik, generik dan genetik. Objektif kedua pula, adalah menganalisis ideologi pengarang yang terdapat dalam Syair Perang Menteng dan Syair Sultan Maulana sebagai idea untuk mengangkat kedudukan Sultan Mahmud Badaruddin II dalam Syair Perang Menteng manakala Sultan Maulana dalam Syair Sultan Maulana sebagai sultan yang mempunyai kehebatan dalam menyelesaikan masalah negaranya. Aspek perbandingan kajian ini akan menggunakan pendekatan genetik untuk memperlihatkan persamaan dan perbezaan watak kedua-dua sultan ini. Objektif ketiga ialah, membandingkan strategi peperangan orang Melayu Palembang dalam Syair Perang Menteng dan orang Melayu Kedah dalam Syair Sultan Maulana.
  • Publication
    The Influence Of Interaction On Student Satisfaction Via Flow Experience Among Distance Learners
    (2023-09)
    Kassim, Siti Fatimah Mohd
    Lifelong learning has been recognized as a global priority for addressing the many challenges of sustainability in the Malaysia Education Blueprint 2015 - 2025. Correspondingly, in an online setting, learners have fewer possibilities to interact with higher education institutions. Despite several studies on interactions, flow, and student satisfaction, it is relevant to Western countries and traditional students. The study aims to investigate the impact of interactions (learner-content, learner- instructor, and learner-learner) on student satisfaction among distance learners in Malaysia. The research framework in this study is based on the transactional distance theory proposed by Moore (1989). To test the proposed hypotheses, data was collected through the self-administered questionnaire tool, Survey Monkey. The study sample consisted of 270 respondents that conform to the inclusion criteria, and SPSS was used to analyze the hypotheses. This study found a favorable and substantial association between flow experience and student satisfaction. Meanwhile, the hypotheses' results show that learner-content, learner-instructor, and learner- learner interaction each have a positive impact on student satisfaction. Finally, the further three hypotheses tested did not indicate that learner-content interaction, learner-instructor interaction, and learner-learner interaction have a significant impact on flow experience. Several theoretical and practical implications of the study are explored based on the study's findings, methodologies, and results. Suggestions for future research are also offered.