Publication: Kajian Perbandingan Konsep Tazkiyah Al-Nafs Menurut Ibn Arabi Dan Jalaluddin Al-Rumi
dc.contributor.author | Mahadzir, Muhammad Latiffi | |
dc.date.accessioned | 2023-11-30T02:46:24Z | |
dc.date.available | 2023-11-30T02:46:24Z | |
dc.date.issued | 2022-02 | |
dc.description.abstract | Ibn Arabi dan Jalauddin al-Rumi masing-masing merupakan Pemikir Islam dan Penyair Sufi mistik yang terkenal di dunia Islam dan Barat. Ibn Arabi adalah gelaran kepada Muhyiddin Abu Abdullah Muhammad ibn Ali ibn Muhammad ibn al-Arabi al-Hatimi al-Ta’i. Beliau lebih dikenali dengan gelaran al-Hatimi dan Ibn Arabi di Timur. Manakala di Barat beliau hanya dikenali dengan Ibn Arabi. Sementara itu, seorang lagi tokoh iaitu Maulana Jalaluddin al-Rumi. Beliau merupakan seorang Penyair Sufi mistik yang dilahirkan di Balkh. Jalaluddin al-Rumi juga diberi gelaran “Maulana”. Kedua-dua tokoh ini memberi sumbangan besar dalam bidang kejiwaan khususnya dalam menghuraikan berkaitan dengan kaedah Penyucian Jiwa (Tazkiyah al-Nafs) melalui pendekatan unik masing-masing. Justeru, kajian ini telah menjadikan kitab yang ditulis oleh kedua-dua tokoh iaitu Futuhat al-Makiyyah yang dikarang oleh Ibn Arabi dan kitab Mastnawi yang di tulis oleh Jalaluddin al-Rumi sebagai sumber pengkajian berkaitan Tazkiyah al-Nafs. Terdapat tiga objektif kajian di dalam penulisan ini. | |
dc.identifier.uri | https://erepo.usm.my/handle/123456789/17832 | |
dc.subject | Kajian Perbandingan Konsep Tazkiyah Al-Nafs | |
dc.subject | Ibn Arabi Dan Jalaluddin Al-Rumi | |
dc.title | Kajian Perbandingan Konsep Tazkiyah Al-Nafs Menurut Ibn Arabi Dan Jalaluddin Al-Rumi | |
dc.type | Resource Types::text::thesis::doctoral thesis | |
dspace.entity.type | Publication | |
oairecerif.author.affiliation | Universiti Sains Malaysia |