Publication:
Faktor Dalaman Sekolah Dan Pengaruhnya Terhadap Komitmen Guru: Perbandingan Antara Sk, Sjkc Dan Sjkt

dc.contributor.authorAbdul Rahman, Nor Azmawati
dc.date.accessioned2024-05-02T08:27:34Z
dc.date.available2024-05-02T08:27:34Z
dc.date.issued2022-12
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh faktor dalaman sekolah yang mencakupi persekitaran kerja dalaman sekolah, tekanan kerja guru serta politik dalaman sekolah terhadap komitmen guru dan membandingkan pengaruh faktor-faktor ini terhadap komitmen guru merentasi tiga jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Satu model hipotesis kajian telah dibina untuk meneliti tujuan kajian tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kuantitatif dan mengadaptasi reka bentuk deskriptif-korelasi dengan pengumpulan data melalui kaedah tinjauan. Soal selidik dalam bentuk google form ditadbir secara dalam talian untuk mengukur keempat-empat variabel utama kajian. Sampel kajian melibatkan 421 orang guru SK, SJKC dan SJKT di Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang dipilih secara pensampelan rawak berstrata dan sistematik. Model yang dibina dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 26.0 dan WarpPLS versi 7.0. Model pengukuran memenuhi nilai kebolehpercayaan dan kesahan konstruk dengan baik. Dapatan kajian membuktikan terdapat pengaruh signifikan ketiga-tiga faktor dalaman sekolah terhadap komitmen guru. Persekitaran kerja dalaman sekolah dan tekanan kerja guru juga memainkan peranan sebagai mediator yang signifikan dalam hubungan pengaruh politik dalaman sekolah terhadap komitmen guru. Melalui analisis multi-kumpulan, tidak terdapat perbezaan pengaruh faktor dalaman sekolah terhadap komitmen guru yang signifikan antara model-model SK, SJKC dan SJKT yang dibandingkan.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/19080
dc.language.isoother
dc.subjectFaktor Dalaman Sekolah
dc.subjectKomitmen Guru
dc.subjectSk
dc.subjectSjkc Dan Sjkt
dc.titleFaktor Dalaman Sekolah Dan Pengaruhnya Terhadap Komitmen Guru: Perbandingan Antara Sk, Sjkc Dan Sjkt
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files