Publication: Pembangunan Modul Pengajaran Ruvho Dan Keberkesanannya Terhadap Pencapaian Dan Sikap Murid Tahun 3 Dalam Topik Ruang
Loading...
Date
2021-12
Authors
S. Sellaya @ Sellaiah, Mutharasan
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pengetahuan geometri dan ruang adalah penting bagi murid sekolah rendah. Namun begitu, mereka mengalami kesukaran untuk memahami dan mempelajari topik tersebut. Tujuan kajian adalah untuk membangun dan menguji keberkesanan modul pengajaran berasaskan Fasa Pembelajaran Van Hiele berbantukan origami (RUVHO) terhadap pencapaian dan sikap murid Tahun 3 dalam topik ruang. Modul dibangunkan menggunakan model ADDIE berasaskan lima fasa pembelajaran van Hiele iaitu informasi, orientasi terarah, penjelasan, orientasi bebas dan integrasi berbantukan origami. Kesahan kandungan dan kebolehpercayaan modul diuji oleh pakar-pakar bidang dan pakar pembangunan modul. Kesemua instrumen yang digunakan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian pra dan pasca.
Description
Keywords
Thesis , Sikap Murid Tahun 3 Dalam Topik Ruang