Publication:
Penyalahgunaan Buprenorfin/Nalokson Dalam Kalangan Remaja Bukan Penagih Heroin Di Bandung Raya, Indonesia

dc.contributor.authorAnwar, Samsul
dc.date.accessioned2026-06-08T07:11:57Z
dc.date.available2026-06-08T07:11:57Z
dc.date.issued2025-05
dc.description.abstractHeroin jalanan hilang sepenuhnya daripada pasaran gelap pada tahun 2019 di bandung, indonesia. Keadaan ini berlaku kerana ramai penyalah guna heroin beralih kepada buprenorfin/nalokson yang lebih mudah diperoleh dan murah. Sedekad lalu, yayasan grapiks—iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan—yang berusaha untuk mengurangkan kesan negatif telah melaporkan seramai 61 orang pelajar menyuntik buprenorfin/nalokson secara aktif. Berdasarkan laporan itu, pengkaji terdorong menjalankan kajian untuk menganalisis latar belakang golongan remaja bukan penagih heroin yang menyalahgunakan buprenorfin/nalokson di bandung raya. Objektif lain ialah menganalisis faktor-faktor yang mendorong golongan remaja untuk terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis buprenorfin/nalokson dan meneroka strategi yang sesuai ke arah pencegahan awal penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Metodologi kualitatif dengan pendekatan fenomenologi telah digunakan. Temu bual mendalam dijalankan dari september hingga november 2021 bersama 13 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan sebagai informan. Selain itu, temu bual terfokus juga dijalankan bersama kakitangan yayasan grapiks dan beberapa kakitangan kerajaan di badan narkotik nasional wilayah jawa barat, suruhanjaya pencegahan aids bandar bandung dan jabatan pendidikan negeri jawa barat. Temu bual separa berstruktur telah direkodkan, ditranskripsikan dan dianalisis menggunakan program nvivo 12.
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/24327
dc.language.isoother
dc.subjectBuprenorphine
dc.subjectNaloxone
dc.titlePenyalahgunaan Buprenorfin/Nalokson Dalam Kalangan Remaja Bukan Penagih Heroin Di Bandung Raya, Indonesia
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files