Publication:
Perwatakan Pelaku Pembangunan Berteraskan Islam Berdasarkan Tamthiliyyat Al-Qur’an: Kajian Tafsir Al-Mawdu‘Iy

dc.contributor.authorNurul Farhana Binti Yahaya
dc.date.accessioned2024-01-17T06:42:07Z
dc.date.available2024-01-17T06:42:07Z
dc.date.issued2022-09
dc.description.abstractKajian ini meneroka salah satu gaya bahasa al-Qur’an iaitu tamthiliyyat (perumpamaan) yang mengajak manusia untuk berfikir dan membentuk perwatakan yang ideal. Persoalannya, apakah ayat-ayat tamthiliyyat yang berkaitan dengan perwatakan pelaku pembangunan? Apakah golongan-golongan yang disebutkan dalam tamthiliyyat al-Qur’an? Bagaimanakah perwatakan dari tamthiliyyat mampu membentuk perwatakan ideal pelaku PBI? Berdasarkan persoalan ini, maka kajian ini cuba mengkaji perwatakan pelaku PBI yang ideal daripada al-Qur’an. Ia dilakukan secara tafsir al-mawdu‘iy bagi mencapai tiga objektif kajian. Pertama, mengenal pasti ayat-ayat yang mempunyai tamthiliyyat tentang perwatakan pelaku pembangunan dalam al-Qur’an. Kedua, menganalisis perwatakan pelaku PBI berdasarkan ayat-ayat tamthiliyyat yang dikenal pasti itu. Ketiga, merumuskan perwatakan ideal pelaku PBI berdasarkan ayat-ayat tamthiliyyat al-Qur’an. Bagi mencapai kesemua objektif tersebut, kajian kualitatif asas (basic qualitative) ini mengguna pakai kaedah analisis mawdu‘iy (tema atau tajuk).
dc.identifier.urihttps://erepo.usm.my/handle/123456789/18095
dc.subjectPerwatakan Pelaku Pembangunan Berteraskan Islam
dc.subjectTamthiliyyat Al-Qur’an
dc.subjectKajian Tafsir Al-Mawdu‘Iy
dc.titlePerwatakan Pelaku Pembangunan Berteraskan Islam Berdasarkan Tamthiliyyat Al-Qur’an: Kajian Tafsir Al-Mawdu‘Iy
dc.typeResource Types::text::thesis::doctoral thesis
dspace.entity.typePublication
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Malaysia
Files