Publication: Penerbitan Karya Terjemahan Di Malaysia: Kajian Kes Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia (Itbm), 1993–2018
Loading...
Date
2024-05
Authors
Zulkipli, Nor Idatul Akmar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Sejarah terjemahan ialah kayu ukur yang merekodkan aktiviti terjemahan merangkumi pihak-pihak yang terlibat dalam proses terjemahan, iaitu daripada latar belakang dan gaya penerbit, bahasa serta kaitannya dengan disiplin Pengajian Penterjemahan. Di Malaysia, kajian lampau berkaitan sejarah terjemahan pernah dilakukan oleh beberapa sarjana tempatan menerusi pendokumentasian karya terjemahan terhadap organisasi atau institusi terpilih. Meskipun begitu, kajian secara sistematik yang mendokumentasikan penerbitan karya terjemahan terutamanya yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) belum pernah dilakukan oleh mana-mana pihak walhal institusi ini ialah satu-satunya badan rasmi terjemahan negara. Sebagai badan payung terjemahan di bawah pengawasan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), penubuhan ITBM asasnya adalah bagi memenuhi fungsi dan mandat berikut, iaitu sebagai institusi rasmi terjemahan yang mengendalikan hal ehwal terjemahan di peringkat tempatan dan antarabangsa juga selaku penerbit dalam ekosistem perbukuan yang menerbitkan serta memasarkan karya terjemahan. Dengan mengambil kira hal ini, kajian ini dilakukan bagi mendokumentasikan penerbitan terjemahan ITBM sebagai suatu usaha bagi mengisi kelompangan sejarah terjemahan berikut sekali gus menyumbang kepada kajian kepustakaan sebagai rujukan repositori pada masa akan datang. Kajian ini memanfaatkan kaedah kualitatif dan analisis dihuraikan secara deskriptif menerusi kerangka naungan oleh Lefevere (1992) serta arkeologi
xix
terjemahan oleh Pym (1998) dan D’hulst (2010).
Description
Keywords
Kajian Kes Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia